Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Telur dari Brunei kini dijual di FairPrice

Feb 22, 2023 | 05:30 AM



TELUR hasil dari Brunei kini boleh dibeli di pasar raya tempatan.



Dipasarkan sebagai "telur segar dari ladang", ia dijual di 68 pasar raya FairPrice dengan harga permulaan $3.20 bagi setiap karton 10 biji.



Ia akan dijual di lebih banyak cawangan FairPrice secara beransur, lapor The Straits Times.



Harga telur itu boleh dibandingkan dengan telur yang diimport dari negara lain, kata Encik Tng Ah Yiam, ketua pegawai pembelian kumpulan FairPrice.



Sebagai contoh, satu karton 10 biji telur pasar dari Malaysia berharga $3.20 di FairPrice.



Pengendali pasar raya itu akan mengimport sebanyak 200,000 telur dari Brunei setiap minggu menerusi pembekal telur tempatan, Dasoon Eggs.



Encik Tng berkata: "Kami senang dapat mengimport telur dari Brunei ke Singapura... Brunei adalah lagi satu sumber baru bagi bekalan makanan itu yang membolehkan kami mempelbagaikan (sumber) dan memastikan kami dapat mencapai kestabilan bekalan dan harganya juga."



Langkah itu merupakan satu tambahan kepada usaha negara semasa untuk memastikan sumber makanan di sini terjamin, kata Encik Tng.



Buat masa kini, FairPrice mendapatkan bekalan telur dari 10 negara, termasuk Singapura yang menyumbang kepada separuh bekalan telur di sini, serta Malaysia, Thailand, dan juga negara lebih jauh seperti Australia dan Ukraine.



Satu kelebihan mendapatkan sumber telur dari Brunei berbanding negara lain di luar rantau Asia Tenggara ialah jangka waktu penghantaran yang lebih pendek.



Ia memerlukan sehingga tujuh hari untuk menghantarkan telur sebelum ia tiba dari Brunei menerusi kapal, manakala telur dari Ukraine atau Australia pula mengambil masa sekitar 21 hari.



Telur itu dihantar dalam keadaan suhu peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya dan kemudian dihangatkan - atau dikeringkan air yang muncul di luar biji telur itu - apabila ia dipindahkan ke tempat suhu lebih hangat sebelum ia dijual.



Dalam satu tinjauan media dianjur FairPrice, media diajak untuk mencuba rasa telur itu secara rambang.



Kebanyakan peserta gagal mengenal pasti telur hasil Brunei daripada yang dihasilkan di Singapura dan Malaysia.



Sementara itu, sebilangan pengguna yang ditinjau berkata mereka prihatin terhadap bagaimana telur berkenaan dihasilkan di ladang ternakan berbanding negara lain.



Ada juga yang lebih selesa membeli daripada jenama yang lebih dikenali namun beberapa pembeli berkata mereka tidak peduli apa jua sumber telur yang dibeli kerana semua telur sama sahaja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >