Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempah korban secara 'online' mulai esok; tiada ternakan hidup dibawa masuk buat tahun ke-3: Muis

May 14, 2022 | 03:42 PM



MASYARAKAT Islam di Singapura boleh membuat pendaftaran bagi korban, yang akan ditawarkan 54 masjid tahun ini, secara dalam talian menerusi laman sehenti mulai esok (Ahad 15 Mei).



Buat tahun ketiga berturut-turut, tiada ternakan hidup akan dibawa masuk ke Singapura, menurut satu kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura hari ini (14 Mei).



Namun, SalamSG Korban - satu jawatankuasa di bawah Gerakan SalamSG - akan bekerjasama dengan masjid setempat untuk mengatur bagi ibadah korban dilakukan di Australia dan dagingnya dihantar ke Singapura untuk dibekukan dan diagihkan di sini.



Untuk memudahkan tempahan dan pembayaran bagi Korban tahun ini, pasukan SalamSG Korban itu memperkenalkan portal pendaftaran  www.ourmasjid.sg/korban.



Orang ramai boleh memilih masjid untuk menempah korban itu, dan memilih pakej korban - yang harganya dari $350 hingga $370 - serta jumlah daging yang ingin didapatkan (sepertiga, dua pertiga atau penuh).



Tahun lalu, harga korban ialah $320 hingga $370.



Orang ramai juga boleh langsung ke masjid untuk membuat tempahan dan bayaran.



Penempahan dan pembelian daging korban itu akan bermula Ahad 15 Mei dan ditutup pada Jumaat 1 Julai, atau sehingga ia habis ditempah.



Daging korban itu akan diagihkan bermula 14 Julai dan berlangsung hingga 7 Ogos.



Mereka yang membuat tempahan korban itu akan dimaklumkan tentang penghantaran daging korban itu oleh masjid mereka. Mereka juga boleh menghubungi masjid secara langsung untuk membuat pertanyaan tentang tempahan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >