Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempahan bagi slot solat tarawih dibuka 31 Mac, 10 pagi

Mar 28, 2022 | 06:16 PM



MEREKA yang mahu melakukan solat tarawih di masjid boleh mula menempah slot mereka pada 10 pagi Khamis ini (31 Mac).



Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin (28 Mac), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata sekitar 60,000 slot disediakan setiap malam di masjid-masjid di sini.



Menurut Muis, untuk menguruskan kapasiti di masjid dan sebagai respons kepada permintaan jemaah yang mahukan pengalaman lebih selamat dan teratur, jemaah perlu menempah slot solat Isyak dan tarawih mereka melalui sistem dalam talian.



Solat tarawih akan bermula pada 8.45 malam, dengan tempat bagi jemaah wanita turut tersedia di semua masjid.



"Terdapat satu tingkap tempahan sepanjang Ramadan dan jemaah boleh membuat tempahan beberapa kali sepanjang Ramadan.



"Jemaah dinasihatkan untuk membuat perancangan awal, dan membatalkan tempahan mereka jika mereka tidak sihat dan tidak dapat datang ke masjid, supaya orang lain boleh mendapatkan slot," kata Muis.



Dalam kenyataannya, Muis turut menasihatkan orang ramai berbuka puasa dan solat Maghrib di rumah dengan keluarga, dan jika mahu, melakukan solat Isyak dan tarawih di masjid secara berjemaah.



Qiyamullail juga akan diadakan di masjid-masjid terpilih pada 10 malam terakhir Ramadan.



Tiada tempahan diperlukan bagi hal tersebut, namun, jemaah tidak dibenarkan bermalaman di masjid dan sahur tidak akan disediakan.



Sementara itu, Muis berkata, penyambungan semula aktiviti keagamaan di masjid-masjid tidak bermakna Ramadan tahun ini sama dengan Ramadan pra-Covid.



Langkah-langkah pengurusan selamat (SMM) masih tetap dikenakan demi menjaga keselamatan jemaah dan mengurangkan risiko jangkitan.



Pun begitu, pelonggaran SMM memberikan lebih fleksibiliti agar jemaah dapat menyambut Ramadan kali ini dengan pengalaman yang lebih positif, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin (28 Mac).



"Tahun ini, masyarakat Muslim di Singapura dijangka menyambut Ramadan dari 3 April hingga 2 Mei.



"Dengan SMM yang diperkemas pada peringkat nasional, masyarakat Muslim boleh sekali lagi menantikan ibadah Ramadan di masjid tahun ini.



"Sedang masyarakat menuju ke arah tempoh endemik Covid-19, Muis masih menekankan kepentingan pendekatan berhati-hati sedang lebih banyak aktiviti keagamaan disambung semula, dan keperluan untuk kerjasama erat masyarakat," kata Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >