Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempahan bagi vaksinasi Covid-19 kanak-kanak bermula 22 Dis, vaksinasi mulai 27 Dis

Dec 21, 2021 | 11:15 AM



 





USAHA memvaksin lebih 300,000 kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun di Singapura akan bermula Isnin (27 Disember) ini. 



Sebahagian program vaksinasi nasional, vaksinasi tersebut akan diberikan kepada kanak-kanak yang lebih tua dahulu, iaitu mereka yang berusia antara sembilan dengan 11 tahun.



Bermula Selasa (22 Dis), sekitar 120,000 SMS akan dihantar kepada ibu bapa murid Darjah 4 hingga 6 kohort 2022 dalam sekolah rendah MOE. SMS ini mengandungi pautan web unik yang  membolehkan mereka menempah slot vaksinasi bagi anak-anak mereka.



Ibu bapa murid-murid Darjah 1 hingga 3 akan mula menerima SMS serupa bermula 3 Januari 2022.



Ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dan  Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dalam satu kenyataan bersama pada Selasa (21 Disember). 



Setakat ini, hanya vaksin Covid-19 PfizerBioNTech/Comirnaty telah diluluskan untuk penggunaan kanak-kanak dalam golongan usia lima hingga 11 tahun di Singapura.



Dalam usaha menyokong usaha memvaksin kanak-kanak ini, sebanyak 15 pusat vaksinasi (VC) pediatrik di sekitar Singapura akan mula operasi secara berperingkat bermula 27 Disember. Tujuh VC sedemikian akan mula beroperasi pada hari tersebut. 



VC ini akan dikendalikan kakitangan perubatan yang terlatih dalam penjagaan kanak-kanak serta kakitangan terlatih dalam memberi vaksinasi bagi kanak-kanak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >