Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempahan hotel, restoran sekitar Marina Bay rancak sempena Hari Kebangsaan

Aug 08, 2022 | 05:30 AM



TEMPAHAN bilik hotel dan restoran di sekitar Pentas Terapung Marina Bay mendapat sambutan rancak sempena sambutan Hari Kebangsaan.



Beberapa hotel di sekitar kawasan sambutan itu yang dihubungi Berita Harian (BH) melaporkan bilik-bilik mereka hampir ditempah sepenuhnya pada 9 Ogos, manakala restoran popular di kawasan itu turut melaporkan tempahan yang menggalakkan. Pentas Terapung Marina Bay bakal menjadi tuan rumah Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) kali ini setelah dua tahun sambutan tersebut terjejas dan diadakan dengan skala jauh lebih kecil dek pandemik Covid-19.



Semasa dihubungi Pengurus Perhubungan Korporat Kanan, The Fullerton Hotel Singapore, Cik Vanessa Frances Paul, berkata tempahan tahun ini meningkat sekitar 35 peratus berbanding tempoh tahun lalu.



Bunga api, suasana NDP jadi tarikan mereka yang tempah penginapan, restoran sekitar Marina Bay



"Kami lihat tempahan untuk tahun ini adalah lebih kukuh jika dibandingkan dengan Ogos tahun lalu.



"Tempahan awal sudah dibuat sebelum Hari Kebangsaan dan mula meningkat sejak beberapa minggu lalu," tambahnya.



Tahun ini, sambutan NDP kembali diadakan secara gah di pentas terapung Marina Bay setelah dua tahun berturut-turut diadakan dengan skala jauh lebih kecil dek pandemik Covid-19.



Dua tahun lalu, sambutan NDP diadakan secara dalam talian dan satu majlis kecil diadakan pada sebelah pagi di Padang dan kemudian sambutan diteruskan di estet-estet perumahan di merata Singapura.



Tahun lalu pula, sambutan diadakan pada 21 Ogos, namun hanya dihadiri sekitar 1,000 penonton, terdiri sebahagian besarnya daripada kakitangan barisan hadapan.



Jumlah peserta pula hanya seramai 600 orang.



Dengan sambutan lebih gah tahun ini, lengkap dengan pertunjukan bunga api kegemaran ramai, sebahagian warga telah mengambil peluang menempah hotel atau restoran bagi menikmati suasana meriah sambutan Hari Kebangsaan itu.



Ini meskipun pemeriksaan Berita Harian (BH) menunjukkan sebahagian besar hotel mengenakan bayaran premium untuk tempahan bilik.



Selain tempahan bilik hotel, restoran di sekitar kawasan pentas terapung juga melaporkan tempahan yang rancak pada 9 Ogos ini.



Penolong Pengurus Perhubungan Pemasaran bagi hotel Parkroyal Collection Marina Bay Encik Kingston Too, yang menempatkan restoran halal, Peppermint, berkata:



"Dengan cuti umum, dan terutamanya pada 9 Ogos, kami menjangkakan tempahan yang tinggi atau tempahan penuh.



"Kerana kedudukan hotel yang berdekatan dengan Pentas Terapung, tetamu kami juga boleh memanfaatkan kemudahan di hotel ini untuk menyaksikan pertunjukan bunga api selepas makan malam mereka dihidangkan."



Sementara itu, tempahan bagi restoran mewah di Fullerton Hotel juga amat positif.



"Kami juga menyaksikan tempahan yang lebih tinggi tahun ini untuk restoran kami.



"Tempahan bagi restoran Lantern sudah penuh, manakala La Brasserie dan Restoran Town hampir penuh," tambah Cik Frances.



Turut mendapat sambutan tempahan yang memberangsangkan ialah cawangan terbaru The Malayan Council di Esplanade.



"Kami masih ada tempat tapi terhad, pelanggan disyorkan untuk membuat tempahan awal kerana cawangan di Esplanade dapat permintaan tinggi setakat ini," kongsi Cik Mariani Sumarno, pengurus acara di cawangan tersebut.



Sementara itu, Pengurus Perhubungan dan Pengawalan Kualiti restoran Sofra di Marina Square, Encik Guven Gultekin, berkongsi mereka mendapat sambutan yang baik dengan tempahan sebelah malam sudah penuh.



"Tempahan di restoran kami tahun ini amat baik, waktu makan malam sudah penuh, dengan tempahan dibuat seawal 10 Julai lalu.



"Bagaimanapun tahun ini Sofra tidak mengubah atau tambah apa-apa yang khas pada menu kami, hanya pertunjukan bunga api yang cukup sebagai tarikan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >