Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempahan korban warga SG dari seluruh pelosok dunia

Antara negara-negara pilihan Muslim setempat jalankan ibadah korban termasuk Myanmar, Indonesia, Syria, Yaman hingga sejauh Uganda
Jun 01, 2022 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam setempat terus memberi sokongan kukuh bagi ibadah korban di luar negara yang dikendali vendor setempat yang berpangkalan di Singapura, dengan pelbagai pilihan yang ada.



Menurut sesetengah vendor yang dihubungi Berita Harian, mereka mendapat sambutan baik daripada masyarakat Muslim Singapura yang ingin menjalankan ibadah korban di luar negara termasuk di Myanmar, Indonesia, Syria, Yaman hingga sejauh Uganda.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Zahid & Shah Group, Encik Mohamed Shah Reza Mohamed Anuar, mereka berbesar hati dengan sambutan yang amat memberangsangkan tahun ini bagi korban di luar negara.



SMART Qurban oleh Zahid & Shah Group telah menjalankan korban di luar negara sejak 2018 termasuk di Syria, Yaman, Kemboja, India, Indonesia, Palestin dan Australia.



"Masih terlalu awal untuk memberi anggaran tetapi kami menjangkakan angka yang tinggi tahun ini memandangkan kegiatan ekonomi yang semakin rancak. Sejauh ini, 25 peratus haiwan korban sudah ditempah.



"Kami menjangkakan jumlah ini akan meningkat pada minggu-minggu terakhir menjelang Hari Raya Aidiladha.



"Kebanyakan korban ditempah di negara yang memerlukan bantuan kritikal seperti Syria, Yaman dan Myanmar bagi masyarakat Rohingya," ujarnya.



Pemilik kedai daging Shakira's, Encik Hamzah K. Mohamed, yang telah mengendali korban di luar negara bagi warga Singapura selama 26 tahun, berkata selain Australia, ramai pelanggannya juga membuat tempahan untuk menjalankan ibadah korban di Indonesia dan Uganda.



Sebagai contoh, sebanyak 4,000 kambing ditempah bagi korban di Indonesia manakala 1,000 kambing ditempah bagi korban di Uganda tahun lalu.



Meskipun tidak dapat memberi anggaran berapa banyak haiwan korban yang sudah ditempah bagi korban di luar negara tahun ini, Encik Hamzah berkata beliau yakin akan mendapat sambutan yang kukuh dan beliau bersedia menghubungi pembekalnya untuk mendapatkan lebih banyak bekalan sekiranya ada permintaan lebih tinggi.



Bagi A2A Trading, tahun ini juga merupakan kali pertama mereka menawarkan khidmat korban kepada masyarakat Muslim Singapura di Sri Lanka.



Selain Sri Lanka, Pengarah A2A Trading, Encik Adlee Nazree Suparman, berkata mereka akan turut menjalankan korban di negara Afrika seperti Malawi dan Zambia selain Kemboja, Indonesia, Makkah dan Australia.



"Saya rasa tahun ini korban di Sri Lanka dan negara Afrika akan menjadi pilihan popular di kalangan peserta korban Singapura.



"Ini disebabkan keadaan yang amat terdesak di sana, dengan pergolakan dan kegawatan ekonomi di Sri Lanka, serta ramai penduduk Muslim yang hidup susah dalam kemiskinan di Malawi dan Zambia antara lain," ujarnya.



Meskipun faktor seperti inflasi, kos logistik lebih tinggi dan bekalan haiwan korban yang terhad di sesetengah negara menyebabkan kos yang meningkat bagi korban di luar negara tahun ini, vendor yang dihubungi akhbar ini berkata ini tidak menghalang masyarakat Muslim setempat daripada terus membuat tempahan untuk menjalankan korban di luar negara.



"Harga yang kami tawarkan tahun ini tinggi sedikit berbanding tahun lalu... dalam $15 hingga $20 lebih tinggi.



"Alhamdulillah mereka tetap memberi sokongan dan membuat tempahan kerana mereka faham ada kos tertentu yang naik seperti logistik dan harga minyak," ujar Encik Hamzah.



Bagi sesetengah vendor seperti SMART Qurban oleh Zahid & Shah Group, mereka juga telah mengambil langkah menyerap kos tambahan dan mengekalkan harga yang sama seperti tahun lalu.



"Niat utama kami ialah memastikan ibadah korban ini masih dimampui dan dapat dilaksanakan oleh seluruh lapisan masyarakat di Singapura.



"Berdasarkan data pembelian dan pilihan jemaah tahun lalu, kami menurunkan harga sebanyak $20 bagi korban di Kemboja - daripada $197 bagi seekor kambing dan $997 bagi seekor lembu, kepada $177 bagi seekor kambing dan $977 bagi seekor lembu," ujar Encik Mohamed Shah Reza.



Tambahnya, harga daripada pembekal mereka naik sekitar 5 hingga 10 peratus disebabkan inflasi dan kos tambahan menguruskan operasi skala besar dalam era endemik sekarang.




“Masih terlalu awal untuk memberi anggaran tetapi kami menjangkakan angka yang tinggi tahun ini memandangkan kegiatan ekonomi yang semakin rancak. Sejauh ini, 25 peratus haiwan korban sudah ditempah. Kami menjangkakan jumlah ini akan meningkat pada minggu-minggu terakhir menjelang Hari Raya Aidiladha. Kebanyakan korban ditempah di negara yang memerlukan bantuan kritikal seperti Syria, Yaman dan Myanmar bagi masyarakat Rohingya.”
- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Zahid & Shah Group, Encik Mohamed Shah Reza Mohamed Anuar.



“Saya rasa tahun ini korban di Sri Lanka dan negara Afrika akan menjadi pilihan popular di kalangan peserta korban Singapura. Ini disebabkan keadaan yang amat terdesak di sana, dengan pergolakan dan kegawatan ekonomi di Sri Lanka, serta ramai penduduk Muslim yang hidup susah dalam kemiskinan di Malawi dan Zambia antara lain.”
- Pengarah A2A Trading, Encik Adlee Nazree Suparman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >