Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempahan rancak bagi kenderaan sewa sempena Raya

May 07, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT yang menyediakan khidmat sewa kenderaan menerima banyak pertanyaan dan juga melihat kadar tempahan sewa yang rancak sedang masyarakat Islam di sini menyambut Syawal.



Beberapa syarikat yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata tempahan bagi kenderaan sewa untuk hari pertama Aidilfitri amat tinggi di luar jangkaan sehingga ada yang terpaksa menolak permintaan yang selebihnya.



Syarikat tersebut juga sudah pun menerima tempahan bagi sewa kenderaan oleh keluarga Melayu yang ingin berjalan Raya sepanjang Syawal ini, terutamanya semasa hujung minggu.



Hari Raya kali ini lebih istimewa dan meriah bagi umat Islam di sini selepas dua tahun Aidilfitri disambut secara sederhana dek sekatan keselamatan Covid-19.



Pelonggaran sekatan pandemik baru-baru ini, antaranya tiada had jumlah pengunjung ke rumah, bererti masyarakat Islam tempatan boleh meraikan Hari Raya hampir seperti sebelum Covid-19.



Antara syarikat yang menyaksikan kadar tempahan sewa kenderaan yang rancak ialah syarikat Triple ZzZ Transport Services.



Pengasas bersama syarikat itu, Encik Ahmad Zulfiqar Mohamed Yasin, berkongsi bahawa syarikatnya terpaksa menolak permintaan sewa daripada pelanggan kerana menerima sambutan di luar jangkaan.



Daripada sekitar 25 permintaan sewa bagi hari pertama Aidilfitri, mereka hanya boleh menerima 10 dan menolak yang lain.



"Alhamdulillah, tempahan sewa bas mini adalah 30 peratus lebih tinggi tahun ini berbanding 2019. Permintaannya di luar jangkaan. Malah, kami sudah dapat tempahan sepanjang Syawal ini, terutamanya pada Jumaat dan hujung minggu.



"Kalau sebelum Covid-19 dahulu, daripada pelbagai pertanyaan yang kami dapat, hanya 50 peratus saja pelanggan yang akan menghubungi kami kembali untuk menyewa bas mini. Tetapi tahun ini, sekitar 90 peratus pelanggan akan kembali kepada kami dan katakan mereka bersetuju dengan harga sewa yang ditawarkan," kata beliau.



Syarikatnya mengenakan kadar sewa $30 sejam untuk pelajar dan kadar antara $40 hingga $50 sejam untuk bukan pelajar.



Turut menerima tempahan sewa bas mini yang menggalakkan ialah syarikat Bzy Limousines, dengan pemiliknya, Encik Mohamad Azan Salleh, berkata mereka sudah menerima tempahan bagi hujung minggu sepanjang Syawal.



Harga yang dikenakan syarikatnya, termasuk pemandu dan kos minyak, ialah $350 bagi 10 jam - sama sejak bertahun lalu, kata Encik Azan.



"Kita tidak kenakan harga terlalu mahal kerana kita masih dalam pandemik dan mahu pastikan harganya boleh dimampui semua. Bas mini gunakan minyak diesel... harga minyak diesel pun tidak terlalu tinggi," kata beliau.



Firma milik persendirian syarikat pengangkutan Maxicab Transfers, Encik Avtar Singh, berkata khidmat bas mini syarikatnya disewa sepenuhnya pada hari pertama Aidilfitri dan mereka masih menerima banyak pertanyaan untuk tempahan semasa Syawal ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >