Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempahan ruang solat Aidiladha dibuka 7 Julai

Jul 02, 2022 | 05:30 AM



TEMPAHAN ruang untuk masyarakat Islam menunaikan sembahyang Hari Raya Aidiladha di masjid-masjid serata negara boleh dibuat mulai Khamis, 7 Julai ini.



Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dalam kenyataannya di laman rasmi Facebook mereka menyatakan 66 masjid akan menawarkan 215,730 tempat untuk sembahyang Hari Raya pada 10 Julai ini.



Sebanyak 52 masjid akan mengadakan dua sesi solat.



"Kami tahu masyarakat bersemangat untuk kembali ke masjid bagi menunaikan solat ini, jadi kami mengekalkan tempahan bagi membolehkan semua jemaah menikmati pengalaman yang selamat dan selesa.



Jemaah perlu memakai pelitup, bawa sejadah, selain mengesahkan status vaksinasi mereka di masjid yang menawarkan lebih 500 tempat.



Jemaah yang mahu menghadiri sesi pertama dan kedua boleh mendaftar di laman web https://ourmosques.commonspaces.sg/, atau menggunakan aplikasi Muslim.sg



Jemaah yang hadir untuk sesi sembahyang ketiga tidak perlu membuat tempahan.



Ruang solat untuk golongan wanita disediakan di 61 masjid.



Untuk keterangan lanjut tentang senarai masjid dan hal-hal lain, sila kunjungi laman web go.gov.sg/aidiladhasg2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >