Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempat bagi Fasa 2C daftar Darjah 1 ditambah mulai 2022

MOE: Perubahan bagi pastikan sekolah biasa kekal diakses kanak-kanak dari semua latar belakang
Sep 10, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN tempat yang diketepikan bagi Fasa 2C dalam pendaftaran Darjah Satu akan digandakan kepada 40 tempat, dari 20 bermula tahun depan.



Ini menyusuli saingan yang semakin sengit dilihat saban tahun, dengan lebih banyak sekolah terpaksa mengadakan undian dalam fasa tersebut, menurut Kementerian Pendidikan (MOE).



Fasa 2C adalah bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai hubung kait dengan sekolah dan dianggap sebagai fasa paling banyak saingan.



Semalam, MOE juga mengumumkan akan menggabungkan Fasa 2A1 dan 2A2 kepada hanya satu Fasa 2A.



Fasa 2A1 adalah bagi kanak-kanak yang ibu bapa mereka merupakan alumni sekolah itu dan menyertai persatuan alumni sebagai anggota tidak lewat dari 30 Jun pada tahun sebelum pendaftaran Darjah 1.



Fasa 2A2 adalah bagi kanak-kanak yang ibu bapa atau adik-beradik belajar di sekolah itu atau ibu bapa merupakan kakitangan sekolah. Kanak-kanak di bawah Tadika MOE yang terletak di sekolah rendah itu juga layak mendaftar di bawah fasa itu.



Perubahan-perubahan itu dilaksanakan bagi memastikan sekolah biasa kekal diakses oleh kanak-kanak dari semua latar belakang. Ia akan dilaksanakan bagi pendaftaran 2022 bagi kanak-kanak yang akan memulakan Darjah 1 pada 2023.



Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saingan bagi tempat menjadi semakin sengit di bawah Fasa 2C meskipun 20 tempat telah diketepikan bagi fasa itu sejak Pendaftaran Darjah Satu 2014.



"Dalam Pendaftaran Darjah Satu 2021, sekitar satu dalam tiga sekolah mengadakan undian dalam Fasa 2C bagi kategori warga Singapura yang tinggal dalam lingkungan 1 kilometer dari sekolah.



"Ini adalah peningkatan daripada satu dalam empat sekolah yang mengundi dalam kategori tersebut pada Latihan Pendaftaran Darjah Satu 2014," kata MOE, dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.



Sebanyak 89 sekolah di serata Singapura mengadakan undian dalam fasa tersebut pada Pendaftaran Darjah Satu 2021, dengan 64 daripada 89 sekolah itu mengadakan undian bagi kategori warga Singapura yang tinggal dalam lingkungan 1 kilometer dari sekolah.



Ini bererti terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam lingkungan 1 kilometer dari sekolah yang tidak mendapat tempat dalam sekolah itu.



Tambahan tempat pada Fasa 2C dijangka merupakan berita baik bagi separuh daripada 64 sekolah tersebut kerana mereka mempunyai hanya 40 tempat atau kurang dalam fasa itu semasa Pendaftaran Darjah Satu 2021.



"Kami mahu melakukan lebih untuk memastikan lebih ramai kanak-kanak tanpa hubungan apa-apa sebelum itu dapat memasuki sekolah berdekatan rumah mereka.



"Menghadiri sekolah berdekatan boleh membantu anak tersebut mengurangkan masa perjalanan dan mempunyai lebih banyak masa melakukan perkara lain yang diminati," kata MOE.



Mengenai penggabungan Fasa 2A1 dan 2A2, MOE berkata selepas mengambil kira tambahan tempat bagi Fasa 2C, bilangan tempat yang tersedia dalam Fasa 2A1 dan 2A2 akan berkurangan.



"Kami jangkakan bahawa beberapa sekolah akan mempunyai hanya sedikit atau langsung tiada tempat tinggal bagi Fasa 2A2 jika kami terus mengadakan perbezaan keutamaan antara pendaftar Fasa 2A1 dan 2A2.



"Oleh itu, kami akan menggabungkan Fasa 2A1 dan 2A2 kepada satu Fasa 2A untuk memastikan semua yang mendaftar di bawah Fasa 2A1 dan 2A2 mempunyai peluang mendaftar di bawah Fasa 2A," jelas MOE.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >