Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempat letak kereta Taman Pasir Ris beri laluan kepada perumahan awam

Sep 20, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH tempat letak kereta di Taman Pasir Ris sedang diperuntukkan untuk perumahan awam sebagai sebahagian daripada tapak seluas 2.9 hektar, dengan tapak seluas 1.7 hektar lagi di sebelahnya dijangka dibangunkan untuk tujuan yang sama.



Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) semalam menerbitkan pindaan yang diluluskan kepada pelan induk 2019, di mana nisbah tapak diberikan kepada dua tapak itu.



Nisbah tapak menentukan keluasan lantai kasar maksimum pembangunan pada petak tanah tertentu, dan kedua-dua tapak tersebut diberi nisbah plot 2.0. Kedua-dua tapak sebelum ini dizonkan untuk perumahan, tertakluk kepada perancangan terperinci.



Peta Taman Pasir Ris seluas 70 hektar di laman web Lembaga Taman Negara (NParks) menunjukkan tempat letak kereta B di taman itu - mengandungi kira-kira 20 lot untuk kereta dan 10 untuk motosikal - berada dalam kawasan seluas 2.9 hektar, iaitu saiz kira-kira empat padang bola sepak. Tempat letak kereta mengambil kira-kira satu pertiga daripada tapak, manakala selebihnya pada masa ini berhutan.



Tapak seluas 1.7 hektar yang bersebelahan dengan Taman Pasir Ris juga berhutan selain kawasan yang telah dibersihkan untuk kerja-kerja pembinaan infrastruktur perumahan dan pengangkutan.



Pada 2017, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengenal pasti kedua-dua petak tanah untuk pembangunan perumahan awam di bawah rancangan 'Remaking Our Heartland' untuk bandar itu. Program ini bertujuan memperbaharui bandar kediaman terpilih melalui strategi seperti menaik taraf taman dan mendirikan lebih banyak perumahan.



Presiden Persatuan Alam Semula Jadi Singapura (NSS), Encik Shawn Lum, memberitahu The Straits Times bahawa HDB telah berunding dengan persatuan itu sejak April 2019 mengenai rancangannya untuk membangunkan tiga petak tanah, termasuk dua petak itu serta satu lagi di mana projek Bina-Ikut-Tempahan (BTO), Costa Grove, sedang dibina.



HDB menyesuaikan sempadan tapak itu berikutan rundingan dijalankan untuk mengurangkan kesan pembangunan ke atas kawasan hijau, katanya.



Dr Lum berkata tapak seluas 2.9 hektar dan 1.7 hektar mengandungi hutan yang 'lebih muda' dengan jenis tumbuhan yang telah menyesuaikan dengan tapak yang sudah terganggu.



Kedua-duanya berpotensi menjadi kaya dengan biodiversiti jika tidak dibangunkan - sesuatu yang biasanya tidak dipertimbangkan oleh kajian kesan alam sekitar sebelum pembangunan dijalankan.



"Selain mengehadkan kerosakan, yang merupakan tujuan kajian sedemikian, kita harus memikirkan cara untuk memaksimumkan kepelbagaian biologi secara serentak dalam pembangunan perumahan baru," kata Dr Lum, ahli botani di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >