Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempoh tahan reman pesalah muda tidak boleh dikira dalam hukuman

Mar 09, 2019 | 05:30 AM



PESALAH muda yang dihukum menjalani latihan pemulihan (RT) tidak boleh lagi dibenarkan mengambil kira tempoh hukuman dari masa mereka mula ditahan reman.



Langkah itu antara perubahan yang diluluskan di bawah Akta Kod Prosedur Jenayah (Pindaan) di Parlimen semalam.



Menteri Negara Kanan (Undang-Undang), Encik Edwin Tong, berkata jika hukuman RT dipendekkan dengan mengambil kira tempoh pesalah mula ditahan, pesalah itu tidak akan dapat menghabiskan program pemulihan sepenuhnya.



Latihan pemulihan disediakan bagi pesalah berusia di bawah 21 tahun yang melakukan jenayah serius.



"Tanpa melalui manfaat penuh pemulihan, terdapat risiko pesalah tidak akan bebas jenayah. Ini tidak baik bagi mereka dan masyarakat,'' kata Encik Tong, dalam bacaan kedua bagi akta itu.



Namun, beliau akur terdapat keprihatinan bahawa pesalah yang ditahan bagi tempoh lama sebelum dihukum menjalani RT akan menghadapi tempoh penahanan lebih lama.



Ini berbanding pesalah yang tidak ditahan reman atau tempoh tahanan reman tidak lama.



Bagi menangani keprihatinan itu, beliau berkata agensi relevan seperti polis dan Pejabat Peguam Negara (AGC) akan bekerjasama agar tahanan reman dapat dielakkan atau tempohnya dikurang jika RT merupakan hukuman yang mungkin diberikan.



Perubahan lain yang diluluskan termasuk membenarkan agensi siasatan yang membuat rakaman temuramah video (VRI) terhadap suspek diberi kuasa menyiasat jika rakaman disalahgunakan.



Selain itu, maklumat sensitif seperti yang boleh menjejas keselamatan awam boleh dikeluarkan daripada bahan maklumat yang didedahkan kepada peguam bela atau pihak lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >