Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Temui watak wira DC, nikmati musim salji di Changi sempena cuti sekolah!

Nov 21, 2023 | 05:30 AM



Musim cuti sekolah selama enam minggu telah bermula!

Luangkan masa ini dengan membawa anak-anak bertemu watak kartun kegemaran mereka, termasuk wira-wira DC dan Pokemon.

Mereka juga boleh menikmati keajaiban musim sejuk dan bermain tiub salji tanpa perlu keluar negara.

Berikut beberapa program percuma dan bertiket di mana keluarga boleh berehat dan bermain.

Candy Snow House
dan Candy Carnival

Berseronok turun gelongsor sepanjang lima meter atau naik jungkat-jungkit di tengah-tengah salji.

Anak-anak boleh menikmati keseronokan musim sejuk dalam kawasan seluas 630 meter persegi itu tanpa perlu terbang keluar dari Singapura.

Setiap tiket termasuk khidmat sewa jaket dan but salji untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas.

Bagaimanapun, anda perlu memakai seluar panjang, stoking dan sarung tangan sendiri.

Anda juga boleh menyewa atau membelinya di acara tersebut.

Jika anak-anak berusia bawah tiga tahun, mereka perlu membawa pakaian musim sejuk mereka sendiri.

Di sebelah Candy Snow House, terdapat karnival dalam bangunan dengan permainan dan makanan.


Rebut peluang memenangi barangan Disney di reruai permainan dan claw machine.


Terdapat pelbagai tarikan permainan ‘rides’ untuk kanak-kanak, seperti kapal lanun untuk mereka dengan ketinggian bawah 1.4 meter.

Kanak-kanak yang berusia sekurang-kurangnya lima tahun dengan ketinggian 1.1 meter boleh menaiki go-kart di sini.

Jika anda ahli Changi Rewards, tebus sesi bermain percuma di istana ambul, atau bouncy castle. Ia bagi kanak-kanak dengan ketinggian antara 0.9 dengan 1.4 meter.


Kunjungi juga pelbagai gerai makanan, seperti yang menjual biskut keju Korea Selatan, rosti Switzerland dan sotong panggang gaya Thai.


Di mana: Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, di luar dewan ketibaan dan berhampiran kawasan bas


Bila: Sehingga 31 Mac, pelbagai masa


Masuk: Tiket Candy Snow House berharga $18 seorang melalui aplikasi Changi bagi tempoh sejam. Tiada had umur, tetapi kanak-kanak bawah tujuh tahun mesti ditemani orang dewasa. Token diperlukan untuk permainan dan tarikan permainan ‘rides’ di Candy Carnival.


Maklumat: www.changifestivevillage.com







WB100 Celebrating Every Story

Warner Bros Studio sedang meraikan hari ulang tahun ke-100, dan ia telah mengumpulkan beberapa wataknya yang paling ikonik untuk menyambut detik penting itu bersama peminat di Singapura.

Ambil gambar dengan adiwira DC The Flash, Batman, Wonder Woman dan Superman.

Terdapat juga paparan watak-watak Looney Tunes.

Kembung gergasi Tom dan Jerry sepatutnya menjadi sebahagian daripada pameran itu.

Malangnya, Jerry si tikus didakwa dicuri, dan Tom si kucing kini duduk bersendirian di pantai Siloso berhampiran Emerald Pavilion.

Tingkatkan pengetahuan anda tentang sejarah studio itu melalui pameran interaktif dan tonton filem terkenalnya, seperti Charlie And The Chocolate Factory (2005) pada 25 November. Tayangan filem luar bangunan berlangsung pada malam Jumaat hingga Ahad.


Di mana: Pantai Siloso, Sentosa


Bila: Sehingga 26 November, 11 pagi hingga 9 malam setiap hari


Masuk: Percuma


Maklumat: www.sentosa.com.sg/wb100







Kereta Kabel Singapura dengan Pokemon

Pikachu dan rakan-rakannya sekali lagi menyerikan kabin Kereta Kabel Singapura.

Gabungan bersama Pokemon itu diperkenalkan pada Mei 2023 sebagai sebahagian daripada sambutan selama setahun menjelang ulang tahun ke-50 Kereta Kabel Singapura pada Februari 2024.

Kini, bahagian dalam kesemua 67 kabin di Laluan Mount Faber itu telah diserikan dengan watak-watak Pokemon.

Bahagian luarnya, yang dahulunya hanya menampilkan Poke Ball ikonik warna merah dan putih, kini memaparkan empat rekaan Poke Ball yang lain – Great Ball biru-merah, Ultra Ball hitam-kuning, Master Ball ungu-merah jambu. dan Love Ball merah jambu.

Sebelum keluarga anda menaiki ke puncak Mount Faber, dapatkan pelindung matahari bertemakan Pokemon percuma di kaunter tiket.

Di mana: Puncak Mount Faber, 109 Mount Faber Road


Bila: Sehingga 31 Disember, 8.45 pagi hingga 10 malam setiap hari (perjalanan terakhir pada 9.30 malam)


Masuk: $26.40 untuk dewasa dan $17.60 untuk kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun apabila anda membeli tiket ulang-alik dalam talian di booking.mountfaberleisure.com. Percuma untuk kanak-kanak bawah usia empat tahun.


Maklumat: www.mountfaberleisure.com




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >