Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tentera S'pura, M'sia tamat latihan dua hala Semangat Bersatu

May 15, 2023 | 01:22 PM



SATU latihan tahunan dua hala antara tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dengan Angkatan Bersenjata Malaysia (MAF),  telah diadakan secara berjaya di Singapura dari 8 Mei hingga 14 Mei.



Edisi ke-27 latihan Semangat Bersatu (XSB), melibatkan 380 peserta daripada Batalion Ketiga, Rejimen Infantri Singapura SAF dan Batalion Keenam, Rejimen Renjer Diraja MAF.



Menurut satu kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Ahad, latihan tersebut termasuk kegiatan seperti pertukaran profesional, latihan silang, interaksi budaya, dengan kemuncaknya merupakan satu gabungan latihan misi batalion dengan objektif konvensional serta bandar.



Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral David Neo, dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman merasmikan bersama majlis pembukaan XSB23 di Kem Kranji III pada 8 Mei.



Dalam ucapannya, Mejar Jeneral Neo berkata:



"Sebagai latihan utama kami, latihan Semangat Bersatu merupakan bukti kepada hubungan rapat antara angkatan kami.



"Bagi edisi tahun ini, kami libatkan operasi menerbangkan dron.



"Ini membina kepada perkongsian bertahun tentang taktik, teknik dan prosedur, serta gabungan perancangan dan pelaksanaan misi.



"Melampaui  pertukaran dan latihan profesional, XSB23 juga satu peluang untuk askar daripada kededua tentera untuk bertemu rakan baru dan menjalin persahabatan yang kukuh.



Diadakan kali pertama pada 1989, XSB menawarkan platform berharga bagi kededua tentera untuk mengukuhkan interaksi profesional, dan menandakan hubungan pertahanan yang hangat dan lama terjalin antara Singapura dengan Malaysia.



SAF dan MAF berinteraksi secara kerap meliputi banyak kegiatan, termasuk pertukaran dua hala, kursus silang kehadiran dan kegiatan berbilang hala di bawah  Aturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM)/ADMM-Plus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >