APABILA pandemik Covid-19 melanda negara ini pada 2020, Encik Muhammad Razali Puasa (gambar atas) mengambil inisiatif sendiri untuk membersihkan taman permainan dan juga tempat interaksi umum penduduk di estet rumahnya.
Ini supaya beliau dapat membantu melindungi dan mengurangkan risiko jiran tetangganya dijangkiti virus itu.
Penduduk Toa Payoh berusia 41 tahun itu bersama sekumpulan rakan relawan membeli kain lap dan juga bahan pembersihan menggunakan wang sendiri dalam melakukan usaha itu.
"Kami ada rasa takut tetapi sekurang-kurangnya, dengan membersihkan kawasan umum di mana penduduk berkumpul, kami dapat lakukan sedikit intervensi dan mengurangkan risiko virus menular," kata beliau.
Usaha murni Encik Razali itu dipuji Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam Rapat Hari Kebangsaan pada Ahad lalu.
Encik Lee turut mengumumkan Pingat Ketahanan Covid-19 yang akan dianugerahkan kepada kedua-duanya individu serta pasukan yang telah berusaha untuk memerangi wabak itu.
Ini bagi mengiktirafkan pengorbanan dan semangat awam yang terlibat secara langsung dalam usaha negara memerangi Covid-19.
Laporan lanjut: Ikhtiar lindungi rakan penduduk dari jangkitan Covid-19