Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS: SEMPADAN DARAT SG-M'SIA DIBUKA SEMULA

Terharu dan hiba lihat paparan emosi sejurus pengadang Koswe dialih

CATATAN WARTAWAN,HANS ASHRIE DAUD

Apr 02, 2022 | 05:30 AM



AKHIRNYA setelah 745 hari sempadan Singapura dan Malaysia terpaksa ditutup dalam usaha kededua negara mengawal penularan Covid- 19, situasi riuh dan kecoh yang menjadi kebiasaan kita lihat acap kali masuk Johor Bahru kembali terasa semalam.



Koswe sepanjang satu kilometer yang menghubungkan dua negara ini ditutup sejak 17 Mac 2020. Ia dibuka semula semalam, pada 11.59 malam 31 Mac 2022.



Kurang dari enam minit masa yang diperlukan untuk memenuhi kededua laluan kereta dan motosikal sebaik sahaja pengadang jalan di sana dibuka.



Perasaan yang boleh digambarkan adalah terharu dan hiba.



Pemandangan dari kawasan yang dibenarkan untuk pihak media 'bertugas' semalam, apabila melihat mereka yang menunggang motosikal dan memandu kereta berpusu-pusu masuk, campur dengan bunyi-bunyi hon mereka ditekan berkali-kali, membuatkan bulu roma saya berdiri dan air mata mula bergenang.



Kami seolah dapat merasakan perasaan mereka yang mahu lekas pulang ke pangkuan keluarga hanya kerana rindu.



Suasana kecoh semalam seperti meraikan satu kemenangan buat mereka yang berkorban masa dan perasaan terpaksa berpisah demi mencari rezeki di negara ini.



Terdengar beberapa jeritan, seperti "terima kasih semua! Kita balik dulu!", "Insya-Allah, jumpa lagi", "Mak abang Balik Kampung sekarang! Rindu Mak," yang sampai ke cuping telinga saya yang membuat saya terharu dan hiba.



Seorang pengikut Berita Harian di laman Instagram juga turut berkongsi video TikTok beliau yang merakam sang suami, seorang rakyat Malaysia yang berada di sini sejak 18 Mac 2020, akhirnya dapat pulang untuk berjumpa keluarganya.



Suaminya sempat bersujud syukur di selekoh jalan keluar ke Kota Tinggi, dengan tulisan "Alhamdulilah Ya Allah. Syukur Alhamdulilah".



Video boleh ditonton di pautan ini https://www.instagram.com/p/CbzFJT4jAB_/



Situasi yang kecoh dengan perasaan yang bercampur boleh dirasai di bahagian pemeriksaan bagi yang nak keluar dari Singapura, situasi di kaunter-kaunter yang dibuka bagi mereka yang nak masuk ke Singapura pula sangat berbeza.



BH sempat mengunjungi kawasan itu dan ia kelihatan sangat lengang walaupun ramai pegawai imigresen yang bertugas di situ.



Apabila ditanya jumlah kaunter yang dibuka, kami diberitahu kebanyakannya dibuka dan pada masa yang sama beberapa pelawat terpaksa diarah pulang ke Malaysia dek gagal memenuhi syarat-syarat untuk masuk ke Singapura.



Mereka yang telah divaksinasi secara penuh sahaja yang dibenarkan merentas sempadan tanpa perlu melakukan sebarang ujian Covid-19 ataupun jalani kuarantin.



Mereka juga tidak perlu menaiki bas khusus untuk Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) serta had 6,800 pengunjung setiap hari melalui VTL juga dibubarkan.



Bagi yang dari Singapura, mereka harus muat turun aplikasi MySejahtera dan muat naikkan bukti status vaksinasi dan mengisi borang praberlepas disitu.



Jika ingin ke Malaysia dengan kereta atau motosikal pula, pemandu dan penunggang harus mendaftar bagi Permit Masuk Kenderaan (VEP) serta kad Touch 'n Go dengan isi nilai yang cukup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >