Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

PERSIAPAN BAGI FASA KEDUA: F&B

Terima banyak pertanyaan, tempahan terutama bagi hujung minggu

Jun 18, 2020 | 05:30 AM



SEJAK pengumuman Fasa Kedua akan dilaksana bermula esok, Cef Amri Abdul Azim berkata restoran, Steak Me, di mana beliau merupakan cef konsultan, telahpun mula menerima banyak pertanyaan dan juga tempahan terutama buat hujung minggu ini.



"Nampaknya ramai yang sudah tidak sabar untuk makan di luar," ujarnya.



Dalam pembukaan semula Singapura bagi Fasa Kedua, orang ramai boleh makan di kedai makanan dan minuman (F&B) menyusuli pelonggaran langkah pemutus litar Covid-19.



Meski kedai F&B dibenarkan dibuka, persembahan muzik secara langsung serta tayangan televisyen dan video tidak dibenarkan di semua kedai F&B waktu itu.



Ini bagi mengelakkan bunyi bising sehingga menyebabkan orang ramai terpaksa berbual dengan lebih kuat daripada yang diperlukan, sekali gus menyebarkan titisan sambil mereka makan atau berlengah-lengah lebih lama daripada yang perlu.



Dalam pada itu, bufet layan sendiri juga tidak dibenarkan diadakan semula.



Pembukaan restoran, kafe dan gerai makanan kepada orang ramai ini merupakan yang pertama kali sejak penutupan April lalu.



Menurut Cef Amri, selama ini, pihaknya sekadar mengambil pesanan makanan demi memenuhi permintaan.



Namun, katanya, antara cabaran yang perlu ditangani ialah memastikan restorannya dapat terus beroperasi dengan bilangan tenaga kerja sedia ada.



"Ada sebilangan pekerja kita merupakan warga Malaysia dan mereka telah kembali ke negara masing-masing. Jadi, buat masa ini kami terpaksa beroperasi dengan jumlah kakitangan yang ada dan mencari staf baru bagi menstabilkan operasi," kata Cef Amri lagi.



Meskipun demikian, segala langkah keselamatan telahpun dilaksanakan dan ini termasuk penggunaan SafeEntry serta persiapan merakam suhu badan pelanggan.



Tambahnya, bagi mengekalkan pelanggan yang datang makan di restorannya, Cef Amri menekankan pentingnya memastikan mutu makanan kekal pada tahap yang tinggi.



"Ini merupakan misi kami. Kini ada banyak restoran yang cuba bangkit semula ekoran Covid-19 dan bagi memastikan kita dapat terus memikat pelanggan dan kekal relevan, makanan yang tidak begitu popular kami keluarkan daripada menu dan memberi tumpuan kepada sajian yang sering dipesan pelanggan," ujarnya.




SAMBUTAN PELANGGAN



"Nampaknya ramai yang sudah tidak sabar untuk makan di luar."



STRATEGI BARU



"Ini merupakan misi kami. Kini ada banyak restoran yang cuba bangkit semula ekoran Covid-19 dan bagi memastikan kita dapat terus memikat pelanggan dan kekal relevan, makanan yang tidak begitu popular kami keluarkan daripada menu dan memberi tumpuan kepada sajian yang sering dipesan pelanggan."
- Cef Amri Abdul Azim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >