Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terpaksa atur masa, pilihan lain apabila anak buat HBL setelah sekolah dibuka

HBL
Jun 16, 2021 | 05:30 AM



APABILA mendapat tahu murid darjah satu hingga tiga akan menjalani pembelajaran dari rumah (HBL) seminggu apabila penggal tiga persekolahan bermula pada 28 Jun, Cik Safiah Suna'aim tergamam sejenak.



Ini kerana ibu tiga anak itu, seorang guru tadika bebas, mungkin juga dikehendaki bekerja mulai hari itu.



Namun mujur bagi Cik Safiah, beliau mempunyai anggota keluarga yang boleh menjaga anak bongsunya yang berada di darjah satu Sekolah Rendah Jing Shan.



Kementerian Pendidikan (MOE) kelmarin mengumumkan pembukaan sekolah selepas cuti Jun berakhir pada 27 Jun akan dijalankan secara berperingkat.



Ini adalah langkah berjaga-jaga untuk memastikan pelajar dan guru selamat daripada Covid-19.



Murid darjah satu hingga darjah tiga akan menjalani HBL selama seminggu bermula 28 Jun. Mereka akan kembali ke sekolah pada Selasa 6 Julai, memandangkan Isnin minggu itu cuti sekolah.



Menurut Cik Safiah, sesi HBL anak bongsunya, Nur Syahindah Ruslee, biasanya bermula sekitar 8.30 pagi.



Jadual tugas beliau juga bermula waktu pagi dan beliau akan berada di rumah hanya pada tengah hari.



Oleh itu, Cik Safiah, 45 tahun, harus mengaturkan untuk menghantar Syahindah ke rumah saudaranya supaya dapat memantau dan membantu anaknya itu dalam HBL.



"Saya bimbang juga kalau mendapat e-mel mengatakan saya harus bekerja pada 28 Jun. Kalau tidak, boleh juga saya terus berada di rumah dan membantu anak bongsu saya dalam HBL-nya.



"Jika dikehendaki bekerja, saya terpaksa membuat persiapan untuk menghantarnya ke rumah mak cik atau rumah saudara lain," ujar Cik Safiah.



Menurut beliau, dua lagi anaknya, berusia 15 dan 19 tahun, juga harus ke sekolah dan sibuk dengan pembelajaran masing-masing untuk membantu adik mereka pada waktu siang.



Berdasarkan pengalaman menghadapi HBL bersama ketiga-tiga anaknya sebelum ini, Cik Safiah berkata anak pertama dan keduanya boleh lebih berdikari dalam pembelajaran mereka.



Oleh itu ketika di rumah, beliau dapat menumpukan lebih perhatian pada anak bongsunya.



"Saya rasa bagus juga mereka tidak serentak melakukan HBL di rumah apabila sekolah dibuka, sebab boleh pening juga saya dibuatnya," ujar Cik Safiah.



Sementara itu, Cik Nur Amirah Sapari, 39 tahun, juga tidak menjangkakan HBL dilanjutkan, yang akan menjejas anak bongsunya yang juga dalam darjah satu.



"Saya rasa anak-anak saya seperti sudah lama di rumah. Sebelum sekolah tutup pun ada HBL dan sekarang yang bongsu harus menjalani seminggu HBL," ujar ibu empat anak berusia antara tujuh hingga 15 tahun.



Pekerja khidmat pesakit bersekutu itu juga berkata peraturan sekolah secara berperingkat ini bermakna beliau dan suaminya juga harus membuat persiapan mengambil cuti bagi menjaga anak mereka di rumah supaya mereka dapat melaksana HBL.



"Anak bongsu saya sebenarnya sudah ghairah untuk ke sekolah. Dia memang gemar ke sekolah untuk belajar, jumpa kawan-kawan dan guru-guru.



"Apabila kami memberitahunya bahawa dia tidak akan ke sekolah, kami dapat lihat dia berasa sedih sedikit kerana permulaan sekolah secara fizikal ditangguh," cerita Cik Amirah.



Kededua ibu itu melahirkan harapan sama ingin anak-anak mereka dapat pergi ke sekolah dan meraih pengalaman yang sepatutnya berbanding melakukan HBL.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >