Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tetap ada masa tabur bakti

Mar 07, 2019 | 05:30 AM



DARIPADA menubuhkan sebuah tadika kecil di kolong blok sekitar 30 tahun lalu, beliau kini menguruskan 63 tajaka melalui enam jenama yang memenuhi keperluan berbeza di Singapura.



Pencapaian dan pengaruh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Busy Bees Asia, Cik Jummaida Rusdon, sebagai usahawan wanita Melayu/Islam kini setanding dengan usahawan berjaya lain yang mantap.



Di bawah pimpinannya, syarikat yang menguruskan jenama tajaka seperti Learning Vision, Pat's School House dan Oddysey The Global Preschool itu menjana pendapatan lebih $139 juta pada tahun lalu.



Busy Bees Asia turut mempunyai 20 tajaka di Malaysia, lima di Vietnam dan dua di China.



Menurut Cik Jummaida, 59 tahun, tumpuan utamanya adalah untuk menarik dan mengekalkan bakat dengan membangunkan mereka bagi mencapai potensi sepenuhnya.



Oleh itu, beliau turut memberi mereka peluang meraih pendedahan global menerusi peluang bekerja di tajaka lain di bawah Busy Bees di luar negara.



Meskipun telah menerima pelbagai pengiktirafan bagi kejayaan dalam dunia perniagaan, penerima Anugerah Jauhari Perniagaan Berita Harian 2017 itu juga mempunyai keinginan mendalam membantu anak keluarga pincang dan berpendapatan rendah.



Oleh itu, Cik Jummaida memperkenal program yang memberi peluang pendidikan dan subsidi kewangan agar mereka dapat bersekolah di rangkaian tajaka milik Busy Bees di Singapura.



Bagi mengenal pasti kanak-kanak yang memerlukan itu, Busy Bees telah mendekati beberapa badan Melayu/Islam.



Malah dengan kepakarannya, Cik Jummaida juga giat berbakti sebagai anggota lembaga pengarah PPIS dan antara lain memberi nasihat mengenai pengurusan dan operasi tajaka badan itu.



"Saya dapat menikmati pencapaian saya hari ini disebabkan masyarakat.



"Oleh itu, wajarlah untuk saya menyumbang semula dan berkongsi pengetahuan berdasarkan pengalaman saya," katanya.



Sikap ingin menabur bakti itu juga hidup dalam seorang lagi usahawan wanita Melayu/Islam setempat yang berjaya, iaitu pereka fesyen Fatimah Mohsin, 43 tahun, yang juga pengarah Fatimah Mohsin The Wedding Gallery.



Pengalamannya yang luas dalam bidang dandanan pengantin kini dikongsi dengan wanita lain menerusi kursus dan ceramah yang disampaikannya yang bertujuan memperkasa wanita memasarkan kemahiran mereka.



Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang dandanan pengantin, Cik Fatimah berkata beliau menganggap penting usaha membimbing bakat muda.



"Apabila mereka berjaya, saya juga gembira kerana saya suka menjadi sebahagian kisah kejayaan orang lain," ujar ibu dua anak itu.



Namun di sebalik kejayaan kedua-dua usahawan wanita ini, sokongan padu keluarga memainkan peranan yang penting.



Menurut Cik Jummaida, suaminya yang juga CEO Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari, merupakan tunggak kekuatannya.



"30 tahun lalu, beliau memberi saya sokongan membuka sebuah tajaka. Kini, beliau terus menyokong saya kerana kami tahu betapa pentingnya pendidikan awal kanak-kanak.



"Anak saya juga faham kerja saya kerana mereka membesar dalam sistem prasekolah yang saya bangunkan," ujarnya.



Pasangan itu mempunyai tiga anak - Cik Hairin Amalena, 29 tahun; Cik Elli Nur, 26 tahun; dan Encik Harith, 24 tahun.



Menurut Cik Fatimah pula, beliau pernah mendengar stereotaip bahawa lelaki akan lebih cemerlang dalam dunia perniagaan berbanding wanita kerana kaum Hawa perlu menjalankan tanggungjawab lain sebagai ibu dan sebagainya.



Meskipun kini bergelar ibu tunggal dan perlu berkorban lebih sedikit, Cik Fatimah berkata beliau lebih terdorong bekerja keras dan terus menjadi inspirasi bagi dua puterinya - Aa'isyah, 15 tahun, dan Ameera, lapan tahun.



"Apa yang penting bagi saya adalah untuk melibatkan mereka dalam keputusan yang saya buat supaya mereka faham kerja yang saya lakukan dan tujuannya.



"Saya boleh menjadi inspirasi bagi orang lain, tetapi saya tetap gagal kalau saya tidak boleh menjadi inspirasi kepada anak sendiri," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >