Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada 'beratur terlalu panjang' kali ini bagi pelancaran edisi terhad baru McDonald's

Sep 09, 2022 | 05:30 AM



KEGILAAN orang ramai yang beratur semalaman setiap kali McDonald's mengeluarkan permainan edisi terhad baru tidak dilihat di cawangan restoran makanan segera itu semalam apabila mereka melancarkan bekas berbentuk Pikachu.



Di sesetengah cawangan, orang ramai dilihat beratur sekitar setengah jam hingga sejam sebelum bekas Pikachu itu dilancarkan pada 11 pagi, namun mereka tidak perlu beratur panjang (gambar).



Ini meskipun kakitangan McDonald's telah mempersiap ruang menunggu seawal dua jam sebelum waktu pelancaran itu.



Meskipun ada pelanggan yang ingin beratur semalaman bagi bekas itu, kakitangan restoran itu menggalak mereka kembali pagi semalam kerana tiket beratur akan diberikan kepada mereka sekitar 11 pagi.



Dan sekitar 10 pagi semalam, beberapa pelanggan dilihat bertanya tentang bekas itu dan mula beratur di cawangan McDonald's seperti di pusat beli-belah Jem di Jurong dan di Ang Mo Kio Hub.



Jurucakap McDonald's Singapura sebelum ini berkata sistem tiket beratur mereka itu bertujuan membantu menangani kesesakan.



"Tiket itu akan membantu kami menangani dan menasihatkan berapa banyak bekas yang tinggal untuk dijual," ujarnya.



Sebelum ini, pelancaran beberapa permainan dan bekas edisi terhad McDonald's telah menyebabkan kegilaan dalam kalangan orang ramai yang sanggup beratur panjang, malah hingga semalaman.



Pada 2000 misalnya, McDonald's melancarkan patung pengantin Hello Kitty dan Dear Daniel yang mencetuskan 'demam' Hello Kitty, dengan ramai orang beratur panjang hingga ada yang pengsan dan ada yang diberkas kerana berkelakuan tidak terkawal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >