Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada gangguan ketara pada bekalan beras dari India ke S'pura

MTI: Skim Simpanan Stok Beras bantu kurangi kesan sebarang gangguan bekalan atau turun naik harga
Sep 15, 2022 | 05:30 AM



PENGIMPORT beras di sini belum berdepan dengan sebarang gangguan ketara dalam membawa masuk beras dari India sejauh ini, manakala import beras Singapura dari negara seperti Vietnam dan Thailand, masih sihat.



Tambahan itu, Skim Simpanan Stok Beras negara ini telah membantu mengurangkan kesan sebarang gangguan bekalan atau turun naik harga, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam respons kepada pertanyaan akhbar The Straits Times.



India baru-baru ini mengenakan levi sebanyak 20 peratus ke atas eksport beras bagi jenis utama seperti berang ceruh sekam dan tidak dikisar, dan melarang eksport beras pecah, di mana pengambilan di Singapura adalah rendah, kata MTI.



Ia menambah bahawa pemerintah akan terus memantau keadaan dan memastikan Singapura mempunyai bekalan beras yang cukup.



Singapura mengimport beras sebanyak $59.8 juta dari India pada 2020, yang setanding dengan Vietnam ($57.3 juta) tetapi kurang daripada Thailand ($123 juta) dalam tahun yang sama, menurut Observatory of Economic Complexity.



Di bawah Skim Simpanan Stok Beras, pengimport beras dikehendaki mempunyai memegang penimbal inventori yang bersamaan dengan dua kali import bulanan purata mereka, menurut jawapan parlimen bertulis oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong Julai lalu.



Skim tersebut membantu memastikan bekalan beras yang cukup di pasaran dan mengekalkan kestabilan harga sewaktu tempoh ketidaktentuan dan kekurangan bekalan.



Rantaian pasar raya Sheng Siong berkata ia tidak akan menaikkan harga beras jenama mereka dalam jangka pendek, sementara FairPrice berkata harga produk berasnya telah kekal stabil.



Namun, perniagaan lain bakal menaikkan harga mereka disebabkan langkah India.



Mustafa Centre, yang mendapatkan kebanyakan produk berasnya dari India, akan menaikkan harga produk terjejas sebanyak 20 peratus apabila ia menerima penghantaran terkininya.



Pengurus pembeliannya, Encik Mohd Saleem, 44 tahun, tidak memberi tarikh bagi penghantaran ini.



"Tidak ada isu bagi bekalan beras, hanya harga yang akan terjejas," katanya.



Encik V. Rama Murthy dari Chennai Trading and Supermarket berkata pelanggan tetapnya yang membuat pesanan pukal, kebanyakannya merupakan katerer yang menyediakan makanan bagi pekerja migran, kini teragak-agak mahu membeli dairpadanya.



Beliau menaikkan harga semua jenis beras, kecuali basmati, sebanyak $5 bagi beg seberat 25kg mulai semalam.



"Pelanggan keliru dan kecewa dengan keadaan yang tidak menentu ini, dan teragak-agak mahu membeli secara pukal sekarang disebabkan kenaikan harga," katanya sambil menambah bahawa beliau menjangka pendapatannya akan terjejas dalam jangka masa panjang.



Sementara itu, Catering Solutions tidak akan menaikkan harganya bagi makanan yang dimasak buat masa ini, walaupun ia menaikkan kadarnya awal tahun ini disebabkan larangan eksport ayam Malaysia.



Sebaliknya, syarikat itu - yang menggunakan lima tan beras setiap hari bagi makanannya untuk pekerja asing dalam industri pembinaan, petroleum dan marin - berhasrat melaksanakan kenaikan harga secara bertahap-tahap, kata pengarahnya, Encik S. Mahenthiran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >