Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada lagi ciri 'pendedahan yang kemungkinan berlaku' dalam aplikasi TraceTogether bagi elak kekeliruan

Aug 08, 2021 | 04:25 PM



CIRI 'pendedahan yang mungkin berlaku' atau 'possible exposure' pada aplikasi TraceTogether telah ditiadakan kerana Kementerian Kesihatan (MOH) telah mewujudkan kategori amaran kesihatan yang baru bagi menguruskan pandemik Covid-19.



Dengan keadaan koronavirus yang berubah, MOH telah mereka cipta tiga kategori baru  yang menjadikan penggunaan TraceTogether, SafeEntry dan data relevan lain lebih canggih, jelas pengemaskinian senarai soalan kerap ditanya (FAQs) dalam aplikasi TraceTogether.



Pemberitahuan dan amaran kesihatan ini bertingkat berdasarkan penilaian MOH berkenaan tahap jangkitan seseorang individu dan berguna bagi membantu mengurus penularan Covid-19.



"Dengan kategori baru pemberitahuan kesihatan Covid-19 ini, tidak lagi perlu bagi ciri pemberitahuan pendedahan yang kemungkinan berlaku."



Senarai FAQs ini juga memberi gambaran ciri pemberitahuan pendedahan ini mungkin disalah takrif sesetengah perniagaan sebagai menggambarkan seseorang individu mempunyai risiko tinggi menjadi pesakit Covid-19 membawa pada individu itu kemudian secara tidak wajar tidak dibenarkan memasuki sesebuah premis.



Dengan tiadanya ciri ini, kekeliruan dapat dielakkan dalam kalangan pengguna dan perniagaan dalam tempoh langkah pengurusan selamat ditetapkan dengan membezakan status vaksinasi seseorang.



Ciri 'pendedahan yang mungkin berlaku' pada aplikasi TraceTogether serta pada laman beralamat wereyouthere.safeentry.gov.sg, diperkenalkan pada Julai tahun lalu. Matlamatnya adalah bagi menasihati pengguna dengan risiko pendedahan rendah lantas tidak dikuarantin atau dipantau menerusi telefon bagi memeriksa sendiri keadaan kesihatan mereka selama 14 hari.



Pengemaskinian ciri aplikasi itu juga menjelaskan seorang individu yang dinilai MOH sebagai mempunyai risiko lebih tinggi dijangkiti akan tetap diberitahu menerusi SMS atau panggilan telefon.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >