Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada pilihan...antara hidup dengan mati

Apr 24, 2023 | 05:30 AM



IA bermula dengan serangan jantung yang berlaku pada 2018. Sejak itu, kesihatan Encik Mohamad Tahar Juma'at terus merudum, apabila beliau berdepan penyakit 'Tiga Serangkai' - serangan jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.



Namun karyawan di sektor kemanusiaan berusia 55 tahun ini tidak duduk diam, meskipun dalam keuzuran, beliau dan isteri gigih menjalankan program amal sepanjang Ramadan baru lalu - memastikan sekumpulan warga miskin dan kurang bernasib baik di Indonesia tetap dibantu - agar mereka menikmati habuan makanan dan pendermaan naskah Al-Quran, hasil derma masyarakat Melayu/Islam di sini.



Semasa ditemui wartawan di flat tiga biliknya di Punggol Place pada Jumaat lalu (14 Apr), Encik Mohamad Tahar mendedahkan bahagian bawah jantungnya kini tidak lagi berfungsi kerana pembuluh darah yang tersumbat.



Penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dihadapi menyumbang kepada kerosakan teruk buah pinggang dengan kedua-duanya hanya dinilaikan berfungsi antara 1 hingga 5 peratus sahaja.



"Doktor sahkan saya mengalami kerosakan ginjal pada 2020. Ia bermula dengan serangan jantung dan ketika itu doktor dah mula memantau ginjal. Dalam masa 2018 sampai 2020, tahap kesihatan ginjal saya terus turun dari lebih 30 peratus ke 5, 6 dan kini hanya 1 peratus je.



"Lepas tu doktor mula bersuara, menyatakan sama ada saya perlu buat dialisis atau transplant (pemindahan ginjal)," ceritanya.



Disebabkan keadaan dirinya dan musibah pandemik Covid-19, beliau terpaksa menutup perniagaannya, IUVA Global Pte Ltd, yang memberi tumpuan kepada program pengayaan hidup, pada 2020.



Disebabkan keadaan dirinya yang sakit jantung, beliau tidak dapat disertakan dalam pendaftaran nasional (national registry) bagi menerima organ dari penyumbang yang telah meninggal dunia tetapi perlu mendapatkan penyumbang hidup atau 'living donor' yang terdiri daripada ahli keluarga, adik-beradik atau rakan mahupun kenalan.



Beliau bernasib baik kerana isterinya, Cik Rosmawati Moenir, 52 tahun, sejak awal lagi ingin mendermakan ginjalnya.



Menceritakan cabaran yang dihadapinya sejak tiga tahun kebelakangan ini, Encik Mohamad Tahar berkata, setiap kali menjalani rawatan dialisis, beliau terpaksa duduk selama empat jam.



"Degupan jantung jadi tak menentu, adakala berdegup cepat, adakala rasa lemah, mabuk, lagi-lagi selepas sesi dialisis dan adakala pengsan. Saya pernah beberapa kali pengsan. Tengah duduk-duduk pun boleh pengsan.



"Macam satu hari tu, saya tengah duduk semasa sembahyang Jumaat, tiba-tiba pengsan. Orang pun tak tahu, tak perasan. Mereka fikir saya solat duduk, bila saya terbangun tengok imam tengah doa je. Sampai begitu sekali tekanan darah saya turun naik turun naik. Bila tekanan darah naik sampai ke paras 230! Kadang-kadang saya khuatir boleh diserang stroke (angin ahmar).



"Dulu saya boleh jalan jauh sekarang 100 meter nak jalan pun dah susah, dah rasa badan tegang, nafas jadi tak bagus, sebab bila buat dialisis ni ada komplikasi lain, masalah lain timbul. Bagi saya, darah saya cepat jadi pekat, jadi saya harus makan ubat aspirin setiap hari. Kalau tak makan, mesin dialisis boleh rosak, kerana darah beku.



"Selain tu, dalam dua tahun lebih ni, jantung saya di sebelah bawah pun dah mati sebab pembuluh darah membeku jadi ia rosak. Jadi saya juga mengalami serangan angin ahmar. Jadi ditambah dengan tekanan darah saya yang sangat tinggi sampai 230, macam-macam boleh berlaku," ceritanya yang mendirikan rumah tangga pada 1994 dan tidak dikurniakan cahaya mata.



Mengenai pemindahan ginjal ini, Encik Mohamad Tahar menerangkan kedua-dua buah pinggangnya tidak akan dibuang, malah akan dikekalkan - kecuali jika berlaku infeksi atau jangkitan.



"Apa yang berlaku ialah, ginjal sebelah kiri yang didermakan Ros akan ditempatkan di bahagian bawah berdekatan pundi kencing. Ini bermakna ada tiga ginjal dalam tubuh saya ni," terangnya.



Menyentuh tentang kos rawatan yang dihadapi, Encik Mohamad Tahar berkata, sejauh ini telah mencecah lebih $200,000 namun sebahagian besarnya dibiayai MediShield, Medisave, insuran dan MediFund.



"Saya kekal dirawat di wad Kelas 'C' namun mereka yang merawat saya dan isteri terdiri daripada doktor-doktor pakar berpengalaman. Kos rawatan pula sebahagian besarnya dibiayai pemerintah. Jadi saya amat bersyukur kerana tidak berdepan kerumitan, apatah lagi kami suami isteri kini tidak bekerja.



"Saya mengharapkan menerusi pemindahan ini saya akan kembali cergas agar kami dapat kembali menikmati hidup seperti dahulu, insya-Allah," ujarnya penuh harapan yang kini masih dirawat di SGH dan perlu berada di sana selama dua minggu selepas pemindahan organ dilakukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >