Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada saranan dari M’sia tentang projek kereta api laju

Aug 03, 2023 | 02:48 PM



Malaysia masih belum memberi sebarang saranan berkenaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur dengan Singapura, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Beliau menjawab soalan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) dan Encik Lim Biow Chuan (Mountbatten) yang bertanya sama ada terdapat sebarang perkembangan tentang projek berkenaan.

Encik Chee menambah Singapura bersedia membincangkan sebarang cadangan baru dari pihak Malaysia berhubung HSR.

Malaysia telah mengumumkan pada Julai ia sedang mendapatkan cadangan daripada syarikat swasta untuk membangunkan HSR antara Kuala Lumpur dan Singapura, dalam usaha memulihkan projek berbilion dolar itu, yang telah dibatalkan lebih dua tahun lalu.

Encik Chee menjelaskan di Parlimen, Singapura tidak terlibat dalam latihan itu yang dilancarkan oleh MyHSR Corp, entiti milik kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut.

“Saya fikir kita perlu menerima saranan itu dahulu dan kemudian kita boleh menelitinya. Kita akan tetap berfikiran terbuka tentang kemungkinan mempunyai perjanjian saling menguntungkan antara Singapura dan Malaysia,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >