Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG HARI KEBANGSAAN 2023

Tidak henti cari ilmu walau sudah 8 tahun jadi ‘bos sendiri’

Jul 25, 2023 | 06:00 AM



Usahawan perabot ‘tempah khas’ Syed Ahmad Abdul Rahman Alhabshee mengakui beliau pernah menjadi murid tercicir atau tidak tamat persekolahan, namun beliau tetap percaya pentingnya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.

Beliau yang mempunyai lebih 14,000 pengikut di Instagram juga menekankan bahawa kunci kejayaan adalah kerja keras dan semangat yang kekal membakar dalam diri untuk terus berusaha tanpa lelah.

Justeru, meskipun sudah menjadi “bos sendiri” selama lapan tahun, Encik Ahmad tidak ragu-ragu untuk kembali bersekolah beberapa tahun lalu demi meningkatkan pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran dalam bidang yang diminati. Bahkan beliau kini merupakan seorang pelajar Diploma dalam reka bentuk perabot dan spatial di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa).

Encik Ahmad, 34 tahun, pemilik syarikat Urban Salvation yang menerima tempahan untuk pelbagai perabot dan hiasan rumah di serata Singapura dan di luar negara, juga merupakan seorang guru kepada sekitar 20 anak murid dalam bidang serupa di sini, yang mana sebilangan mereka telah berjaya menubuhkan syarikat sendiri.

Bermula dengan membina perabot dengan bahan terpakai di luar flat ibu bapanya di Bedok, Encik Ahmad berkata beliau telah mengembangkan minatnya dengan membuka bengkel dan galeri sendiri.

Beliau antara beberapa usahawan dan karyawan Singapura yang dipaparkan dalam filem khas ditayangkan semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.

Penampilannya dalam filem itu bertujuan memupuk semangat kepada orang ramai supaya jangan bersikap ragu-ragu dan sentiasa bekerja keras apabila hendak mencapai impian masing-masing.

“Apabila saya imbas kembali, saya sampai ke tahap ini sebab saya mempunyai keyakinan dan kepercayaan untuk meneruskan perjalanan ini tanpa kalah,” katanya kepada Berita Harian.


“Saya bukan datang daripada keluarga mewah, sewaktu saya masih di sekolah, tidaklah saya disifatkan sebagai pelajar berbakat dan saya juga datang dari kejiranan dan tempat tinggal sederhana, sama seperti ramai warga di sini.

“Saya cuma ada keyakinan dan semangat serta sokongan padu dari teman dan keluarga terdekat untuk beri tumpuan kepada apa yang hendak saya capai dan saya teruskan melakukan itu dengan penuh berdaya tahan,” tambah beliau yang baru berumahtangga dua minggu lalu.

Urban Salvation, ditubuhkan pada 2015 membina perabot reka bentuk khusus diperbuat daripada bahan kayu guna semula seperti jati dan kayu tempatan.

Sebelum Encik Ahmad menubuhkan syarikat itu, beliau bertugas sebagai seorang kru teknikal pentas dan penyelia di Teater Marina Bay Sands dan Esplanade Teater Di Pesisiran.

Untuk mendalami minat itu, Encik Ahmad juga telah merantau selama dua tahun untuk belajar di seni menukang kayu daripada seorang pakar.

Apabila beliau mengendalikan bengkel pertamanya, beliau hanya mempunyai pelet kayu serta beberapa alat dibeli dengan wang simpanannya untuk ditunjukkan kepada pelanggan, katanya dalam satu wawancara terdahulu.

Mengenai langkahnya yang bersemangat untuk meneruskan pengajian, Encik Ahmad berkata: “Ia terlalu lewat bagi saya untuk ubah kesilapan masa lampau, tetapi tidak terlalu lewat bagi kita mencari ilmu dan meningkatkan diri.”

“Saya harap saya dapat berkongsi kisah saya kepada belia di luar sana untuk mengejar impian demi membina masa depan lebih cerah dan bermakna bagi diri sendiri, yang mana mereka dapat menyumbang semula kepada masyarakat serta generasi masa depan,” katanya.

Menyentuh tentang penglibatannya dalam NDP, beliau tidak tahu bagaimana beliau dipilih sebagai contoh usahawan dalam filem tersebut.

Namun beliau akui pernah berkongsikan aspirasinya kepada sebahagian kenalan dan rangkaian perhubungan, termasuk keprihatinannya terhadap alam sekitar.

Beliau berharap masyarakat Singapura akan lebih peka menjaga alam sekitar dengan mengitar semula barang terpakai dan membeli barang diperbuat oleh bahan diguna semula daripada mengamalkan buah budaya pakai buang.

“Sebagai pembina perabot artisanal dari bahan guna semula, saya harap ini satu permulaan untuk orang ramai menghargai perabot bukan sahaja sebuah objek tetapi sebagai hasil titik peluh dan karya istimewa seseorang,” katanya yang ingin membina komuniti tukang kayu di sini.

Selain mempunyai sebuah bengkel seluas 4,000 kaki persegi di Tampines, Urban Salvation juga bekerjasama dengan sebuah kilang di Indonesia yang menghasilkan perabot reka bentuk ciptaannya tersendiri secara berskala besar dan dieksport ke luar negara.

“Saya berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda yang akan memberanikan diri menceburi minat yang mungkin tidak selaras perjalanan ‘mainstream’,” kata Encik Ahmad.

“Saya harap dengan mengongsi kisah saya ini kepada masyarakat Singapura ia akan memberi mereka keyakinan untuk mengejar impian tanpa rasa takut dan akan terus bertahan hingga berjaya,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >