Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tidak mahu terbang? Lepak sahaja di Changi

Nov 04, 2018 | 05:30 AM



LAPANGAN Terbang Changi unik kerana ia bukan sahaja menjadi pusat pesawat berlepas ke destinasi antarabangsa, bahkan bagi masyarakat Singapura, ia merupakan destinasi "jalan-jalan" dan "cari makan" terutama pada hujung minggu.



Tidak lama lagi, sebuah tempat "lepak" baru sebesar gelanggang bola keranjang, dengan ampiteater bertingkat dan layar ultra definisi tinggi untuk tayangan filem dan siaran pertandingan bola sepak, akan dibina di Terminal 3 (T3).



Terdapat juga taman dan kedai-kedai baru yang ditambah di ruang Besmen 2, yang ketika ini tidak digunakan.



Apabila ruang atrium baru itu siap sekitar musim Krismas ini, ia akan dapat menampung kira-kira 200 orang, kata Encik James Fong, naib presiden (konsesi bahagian darat) di Changi Airport Group (CAG).



Kawasan itu, yang sangat popular dengan keluarga semasa cuti sekolah dan pada hujung minggu, kini mempunyai kemudahan bermain, termasuk permainan kanak-kanak Hello Kitty dan Teddy & Me.



Hampir 17 juta orang melawat kawasan awam T3 setiap tahun, kata Encik Fong.



Kedai-kedai baru yang ditambah termasuk Terminal M oleh MOF, iaitu konsep dewan makanan halal yang menyajikan masakan Korea, Jepun dan Cina dengan reka bentuk bertema penerbangan.



Yang lain termasuk Ramen Champion & Hokkaido Paradise; Coffee Boy, yang menyajikan makanan dan minuman tempatan dengan sentuhan; Saap Saap Thai; dan Encik Teh Tarik Express, yang akan beroperasi 24 jam.



Kedai-kedai baru akan dibuka secara progresif dari pertengahan November tahun ini hingga Mac 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >