Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tidak teragak-agak beri bantuan bila berlaku kebakaran

Sep 16, 2021 | 05:30 AM



SEPERTI biasa, selepas makan malam, Encik Rosman Abas, 57 tahun, akan duduk di luar rumahnya di tingkat satu, untuk merehatkan minda tetapi kelmarin beliau terkejut melihat satu kebakaran di depan matanya.



Kebakaran itu berlaku di tingkat tiga di 185C Rivervale Crescent di depan bloknya.



Tanpa berlengah, beliau menelefon Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) untuk melaporkan kebakaran itu.



Menantu Encik Rosman, Encik Muhammad Fitri Mazlan, 31 tahun, mengambil inisiatif untuk membantu selepas mendapat tahu tentang kebakaran itu.



"Saya membantu menunjukkan pegawai polis dan SCDF ke unit yang terbakar. Saya juga tampil untuk kawal trafik supaya kenderaan tidak memandu menuju ke kawasan kebakaran. Ini supaya operasi ahli bomba dan polis tidak terganggu atau terhalang dengan kenderaan lain," kata Encik Fitri yang mempunyai pengalaman dalam mengawal kesesakan di Bazar Geylang Serai ketika menjalani perkhidmatan kerahan.



Isterinya, Cik Roshillawati Rosman, 32 tahun, berkata api itu menyebabkan sebuah tingkap di rumah terbakar itu pecah dan jatuh ke tingkat satu.



"Bunyi kejadian itu sangat kuat seperti ada satu letupan," kata ejen perkhidmatan pelanggan itu yang juga telah memberikan air serta tuala kepada mangsa yang diselaputi abu apabila mereka keluar dari unit terbakar itu.



SCDF berkata tiga ahli isi rumah itu telah dihantar ke hospital setelah menghidu asap dan mengalami luka kebakaran.



Siasatan awal menunjukkan punca kebakaran adalah bateri alat mobiliti peribadi (PMD) yang sedang dicas di bilik tidur.



Disebabkan kebakaran itu, sekitar 10 penduduk blok diarahkan keluar dari rumah mereka, antaranya Cik Noraini Tahir, 65 tahun dan Encik Zainol Abu Baker, 74 tahun.



Mereka tinggal di tingkat empat dan diarah SCDF untuk turun ke tingkat satu.



"Kami berdua sedang makan malam apabila jiran sebelah memberitahu bahawa ada kebakaran di tingkat bawah. Kami hanya nampak asap tebal dari unit bawah itu. Sekejap lagi, SCDF sampai dan menyuruh kami turun ke bawah sebagai langkah berjaga-jaga," kata Cik Noraini.



Dalam satu pos di Facebook, SCDF mengingatkan masyarakat mengenai pencegahan kebakaran PMD atau basikal yang menggunakan kuasa (PAB) seperti mengelak mengecas untuk jangka masa yang panjang atau semalaman dan jangan mengubah atau cuba memperbaiki PMD/PAB sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >