Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CALON MELAYU & PILIHAN RAYA

Tiga ciri penting calon pemimpin politik Melayu

Dec 22, 2019 | 05:30 AM



TIGA ciri penting yang perlu dimiliki seorang pemimpin politik Melayu - perwatakan dan keupayaan, menghargai nilai berpasukan serta memiliki motivasi yang betul dengan tidak melihat kerjaya politik sebagai cara 'cari makan'.



Itulah kayu ukur Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, bagi calon-calon Melayu parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP), menjelang Pilihan Raya Umum yang diramalkan diadakan tahun depan.



Encik Masagos berkata tiga ciri tersebut penting dalam memilih calon yang ikhlas berbakti demi masyarakat dan negara.



Menjelaskan ciri itu satu persatu, beliau berkata perwatakan dan keupayaan harus dimiliki sebagai satu nilai yang seiringan.



"Jika anda mempunyai perwatakan yang baik, ia hanya bermakna anda seorang individu yang baik tapi belum tahu lagi tahap kebolehan anda. Dan jika anda hanya mempunyai keupayaan yang tinggi tanpa perwatakan yang baik, anda juga terdedah kepada perbuatan seperti rasuah," katanya.



"Kedua, mereka perlu bekerja sebagai sebuah pasukan supaya dapat meninggalkan kesan melebihi keupayaan secara individu (punch above your weight) dan ketiga ialah mereka harus mempunyai motivasi yang betul, menyedari bahawa kerja ini bukan untuk pangkat, pujian tetapi banyak sekali pengorbanan yang perlu dilakukan," ujar beliau.



Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, berkata demikian semasa menjawab pertanyaan wartawan mengenai peralihan kepimpinan politik Melayu dalam PAP dalam wawancara bagi menggulung 2019 dari sudut masyarakat Melayu/Islam pada Selasa lalu.



Pilihan raya umum perlu diadakan selewat-lewatnya April 2021, namun para pemerhati meramalkan ia akan diadakan tahun depan.



Terdapat 12 Anggota Parlimen Melayu di Parlimen sekarang, merangkumi 11 AP PAP dan seorang AP parti pembangkang.



Menyentuh mengenai calon Melayu berpotensi, Encik Masagos berkata mereka semua kini sudah pun dikerah ke kawasan undi serata Singapura untuk bekerja rapat dengan AP dan mendekati rakyat.



Menurut beliau, kumpulan itu terdiri daripada golongan karyawan lelaki dan wanita dari pelbagai bidang.



"Kami mengerahkan ramai orang, lebih daripada yang mencukupi... supaya kami mempunyai pilihan," ujar beliau, sambil menambah beliau tidak membuat pilihan bagi calon Melayu namun tugasnya ialah untuk memberi maklum balas kepada pucuk pimpinan parti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >