Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga lelaki ditahan elak duti rokok, GST bernilai lebih $646,000

Nov 06, 2023 | 05:08 PM



Tiga lelaki berusia 23, 35 dan 59 tahun ditahan dalam dua operasi berasingan pada 31 Oktober 2023 selepas 5,800 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas.

Menurut kenyataan Kastam Singapura pada Isnin, jumlah duti dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielak adalah sebanyak $646,207.

Pemandu berusia 23 tahun itu ditahan selepas pegawai kastam melihat seorang pemandu lelaki turun dari sebuah van di Kampong Ampat berdekatan Macpherson. Mereka menyerbu kenderaan tersebut dan menemui 2,400 karton rokok yang tidak dibayar cukai.

Siasatan sedang dijalankan.

Pada hari yang sama di Lorong 17 Geylang, seorang pemandu dan dua penumpang lain dilihat turun dari sebuah van. Pegawai kastam kemudian menemui 3,000 karton rokok yang tidak dibayar cukai dalam kenderaan tersebut.

Sebanyak 400 lagi karton rokok yang tidak dibayar cukai juga ditemui dan dirampas apabila pegawai melakukan pemeriksaan susulan di rumah pemandu tersebut.

Pegawai kastam kemudian menahan seorang pemandu lelaki berusia 59 tahun dan seorang penumpang lelaki berusia 35 tahun.

Seorang lagi penumpang wanita berusia 35 tahun diminta membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Mereka juga didapati memiliki uncang mengandungi bahan disyaki dadah terkawal dan peralatan dadah, kata Kastam Singapura.

Ia menambah bahawa perkara itu dirujuk kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) untuk siasatan lanjut.

“Membeli, menjual, mengirim, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan yang tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST,” kata kenyataan itu.

Pesalah boleh didenda hingga 40 kali ganda jumlah duti dan GST yang dielak, dihukum penjara hingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyeludupan atau pengelakan duti atau GST boleh menghantar e-mel kepada customs_intelligence@customs.gov.sg untuk membuat laporan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >