Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

53 karton rokok tanpa cukai dirampas dalam operasi di Lavender

Oct 16, 2023 | 05:54 PM



Sebanyak 53 karton dan 46 paket rokok tidak dibayar cukai ditemui dan dirampas di French Road dekat Lavender dalam satu operasi pada 11 Oktober.

Seorang lelaki warga Singapura sedang membantu siasatan, kata Kastam Singapura.

Akhbar berbahasa Cina Lianhe Zaobao melaporkan bahawa penjualan rokok tanpa cukai semakin menular di kawasan itu.


Menurut akhbar itu, terdapat enam hingga tujuh penjual yang kebanyakannya adalah warga emas. Mereka menjual rokok itu kepada pelanggan tetap yang kebanyakannya warga emas juga.

Seorang penduduk di kawasan itu memberitahu Lianhe Zaobao bahawa harga rokok tanpa cukai tersebut adalah sekitar separuh daripada harga rokok yang dijual secara sah.


Sekotak rokok premium dijual secara sah berharga sehingga $16.

Sejak Februari, perokok di Singapura terpaksa membayar lebih untuk sekotak rokok selepas kenaikan cukai sebanyak 15 peratus untuk semua produk tembakau dikuatkuasa.

Penemuan Kastam Singapura menunjukkan terdapat peningkatan dalam bilangan pesalah membeli rokok tidak dibayar cukai yang ditahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini – daripada 4,963 pada 2021 kepada 7,869 pada 2022 dan 6,300 untuk separuh pertama 2023.

Pada 2022, sebanyak 2.16 juta paket rokok yang tidak dibayar cukai telah dirampas. Sebanyak 1.36 juta paket telah dirampas pada separuh pertama 2023.

Kastam Singapura berkata ia menjalankan rondaan dan operasi dengan kerap dan akan melancarkan operasi yang diperlukan, termasuk operasi bersama agensi penguatkuasaan lain untuk membendung kegiatan yang dilarang.

Di bawah undang-undang, adalah dilarang membeli, menjual, menghantar, menyimpan dan memiliki barangan yang tidak dibayar cukai.

Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah duti dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielakkan, dipenjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali.

Pesalah kali pertama yang ditangkap dengan satu paket rokok yang tidak dibayar cukai akan didenda sebanyak $500.

Hukuman yang lebih berat seperti denda lebih tinggi atau pendakwaan di mahkamah akan dikenakan jika pesalah didapati mempunyai lebih daripada satu paket rokok yang tidak dibayar cukai dan/atau jika dia adalah pesalah berulang.

Penjual rokok tanpa cukai akan didakwa, kata Kastam Singapura.

Aduan mengenai kegiatan penyeludupan boleh dibuat melalui e-mel kepada customs_intelligence@customs.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >