Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga penipuan tertinggi

Jan 21, 2021 | 05:30 AM



TIGA PENIPUAN TERTINGGI



Penipuan e-dagang, penipuan peniruan media sosial dan penipuan pinjaman ialah tiga jenis penipuan tertinggi yang dilaporkan kepada polis dalam tiga bulan pertama 2020.



  • Penipuan E-dagang

Wadah yang sering digunakan untuk penipuan e-dagang di Singapura ialah wadah digital seperti Carousell, Facebook, Instagram, Shopee dan Lazada, di mana penipu menjual barangan dengan harga yang rendah untuk menarik perhatian pelanggan dalam talian. Untuk mengelakkan menjadi mangsa, pembeli harus berwaspada dan membeli dari wadah yang mempunyai polisi perlindungan pelanggan atau hanya membayar setelah barang diterima atau perkhidmatan diberikan.



  • Penipuan Peniruan Media Sosial

Penipu biasanya meminta maklumat peribadi mangsa seperti nombor telefon bimbit mereka, butiran akaun perbankan Internet dan Kata Laluan Sekali (OTP) dengan alasan membantu mereka mendaftar untuk pertandingan atau promosi palsu yang didakwa dianjurkan oleh Lazada, Shopee dan Qoo10 . Mangsa kemudian menyedari bahawa transaksi penipuan telah dilakukan dari akaun bank dan dompet mudah alih mereka tanpa persetujuan. Jangan mengongsi butiran akaun perbankan Internet dan OTP anda dengan sesiapa - peraduan atau promosi yang sah tidak akan meminta maklumat sedemikian. OTP anda ialah seperti pin ATM anda, jangan mendedahkannya kepada sesiapa pun.



  • Penipuan Pinjaman Wang

Orang ramai akan menerima SMS atau pesanan WhatsApp yang menawarkan pinjaman dan perkhidmatan pinjaman wang. Penipu mungkin menyamar sebagai kakitangan dari syarikat pinjaman wang berlesen. Pihak yang berminat diminta untuk memindahkan wang sebagai deposit sebelum pinjaman dapat dilunaskan. Setelah membuat pemindahan, mangsa mendapati bahawa penipu tidak lagi dapat dihubungi. Antara penipuan pinjaman lain, mesej iklan pinjaman palsu dihantar oleh bank seperti POSB, DBS, UOB, CIMB dan OCBC. Bank dan syarikat pinjaman wang berlesen tidak dibenarkan menghantar iklan pinjaman sebegitu.



BAGAIMANA UNTUK MENGESAN JIKA ANDA DITIPU?



Apabila berlakunya penipuan, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jangan sesekali memberikan maklumat peribadi seperti kata laluan atau nombor kad kredit kepada sesiapa dalam talian seperti Whatsapp atau Facebook Messenger.



Mudah-mudahan, anda akan menyedari sebelum ditipu dan kehilangan berjuta-juta dolar. Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang perlu diberi perhatian:



- Anda diminta untuk memindahkan wang atau menerima wang, atau untuk membeli barangan seperti kad bernilai.



- Anda diminta membayar untuk sesuatu terlebih dahulu sebelum menerima barang tersebut.



- Anda diminta memindahkan bayaran menggunakan cara yang bukan menjadi kebiasaan bagi wadah itu. Contohnya, di wadah Carousell, pembayaran seringnya dibuat secara tunai ataupun pengguna disyorkan menggunakan kaedah pembayaran di wadah itu sendiri.



- Anda diminta nombor kad pengenalan, butiran akaun bank, kata laluan atau nombor pin.



- Peluang pelaburan yang menawarkan pulangan tinggi.



Terdapat banyak cara yang digunakan penipu berulang kali dan tetap berjaya kerana orang ramai tidak menyedari bahawa ribuan orang lain di Singapura telah menjadi mangsa kepada perkara yang sama.



Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pelbagai jenis penipuan di laman Pasukan Polis Singapura di scamalert.sg



CARA MELAPORKAN PENIPUAN DI SINGAPURA



Sila hubungi 1800-722-6688 jika anda rasa anda ditipu. Talian ini khusus dikendalikan oleh polis dan Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan untuk mangsa penipuan di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >