Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga taman terapeutik baru dibuka

Dengan yang terkini di Yishun, Sembawang dan Tampines, terdapat 13 taman sebegitu di Singapura
Oct 11, 2023 | 05:18 PM



Penduduk di bahagian utara Singapura kini boleh menikmati ruang kesejahteraan hijau mereka sendiri.

Dua taman terapeutik di kawasan itu dibuka di Taman Kolam Yishun dan Taman Sembawang pada Rabu.

Sebuah lagi taman serupa baru dibuka di Taman Sun Plaza di Tampines.

Dengan ini, sebanyak 13 taman terapeutik telah dibuka di Singapura.

Taman seluas 1,900 meter persegi di Taman Kolam Yishun terletak di sebelah Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) dan mempunyai ciri-ciri seperti jambatan senaman yang boleh diakses pengguna berkerusi roda, tangga terapi dan sudut kecergasan tiga generasi.

Ia menawarkan kegiatan terapeutik hortikultur – iaitu penyelidikan dan amalan berkaitan penanaman pokok bunga, buah-buahan, dan sayur-sayuran – serta aktiviti pemulihan yang sesuai untuk pengunjung umum dan pesakit luar.

Lembaga Taman Negara (NParks) berunding dengan KTPH sebelum membina taman tersebut.

Seorang pakar fisioterapi kanan perkhidmatan pemulihan KTPH, Encik Muhammad Jazimin Haron, berkata:

“Hospital kami amat percaya dalam memastikan pesakit kami dan penduduk di utara sihat dalam masyarakat, dan memperkasa mereka untuk menjadi peserta aktif demi kesejahteraan mereka sendiri.

“Kami melihat taman terapeutik ini sebagai peluasan semula jadi ruang hospital kami yang direka untuk membantu pesakit kami pulih dalam persekitaran masyarakat yang menenangkan.”

Taman terapeutik di Taman Sembawang lebih besar, iaitu seluas 2,200 meter persegi, dan merupakan taman kedua terbesar di Singapura, selepas Taman Tasik Jurong, yang seluas 3,100 meter persegi.

Taman tersebut merangkumi sebuah zon aktif dan sebuah zon pasif.

Ia menyediakan tempat bagi memenuhi keperluan dan melakukan kegiatan berbeza serta mempunyai ciri-ciri yang dipilih susun untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme ringan dan warga emas yang mempunyai demensia.

Ini termasuk bilik darjah hutan; skap permainan, iaitu landskap yang menyokong permainan terarah untuk kanak-kanak yang diperbuat daripada unsur semula jadi, seperti batu besar, tepee, gugusan kayu balak dan rasuk pengimbang kayu; serta sudut kecergasan luar yang terangkum.

Kedua-dua taman terapeutik di utara itu disokong hasil sumbangan Tote Board.

Taman terapeutik baru di Taman Sun Plaza di Tampines seluas 1,700 meter persegi dan mempunyai aliran kecil dan ceruk-ceruk yang dihubungkan dengan laluan berliku. Ia juga mempunyai pelbagai jenis tumbuhan menarik kepelbagaian biologi serta tumbuhan wangi.

Taman terapeutik pertama di Singapura dibangunkan di HortPark pada Oktober 2015 dan dilancarkan pada 2016.

Kepopularan taman terapeutik itu mendorong NParks terus membangunkan lebih banyak taman sedemikian dengan ciri-ciri berbeza bagi memenuhi keperluan kesihatan dan riadah masyarakat berbeza di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >