Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga telko maya terima aduan tertinggi : IMDA

Nov 16, 2022 | 05:30 AM



TIGA syarikat telekomunikasi maya mencatatkan jumlah aduan tertinggi daripada pelanggan pada Ogos dan September lalu, diikuti oleh StarHub, menurut laporan sulung oleh badan pengawal selia sektor infokom.



Syarikat yang mempunyai jumlah aduan tertinggi ialah Vivifi, yang dikenali dengan pelan 'bundle' data yang besar untuk keluarga. Vivifi masing-masing merekodkan 19 dan 23 aduan bagi setiap 10,000 pelanggan setiap bulan.



Ini diikuti oleh CMLink - dikenali sebagai China Mobile - yang masing-masing melaporkan tiga dan 16 aduan bagi setiap 10,000 pelanggan setiap bulan. Syarikat telekomunikasi maya ini terkenal kerana menyediakan tawaran bersertakan pilihan perkongsian data di seluruh Singapura, China dan Hong Kong.



RedONE pula dikenali kerana tawaran yang mengenakan bil kepada pelanggan selepas penggunaan setiap bulan, melaporkan tiga aduan bagi setiap 10,000 pelanggan pada setiap bulan.



Syarikat telekomunikasi maya tidak membina rangkaian fizikal mereka sendiri tetapi memajaknya secara borong daripada syarikat telekomunikasi sedia ada.



StarHub, yang mempunyai lebih 1.5 juta pelanggan, merekodkan 1.92 dan 1.96 aduan bagi setiap 10,000 pelanggan setiap bulan.



Ia merupakan prestasi paling teruk daripada empat Pengendali Rangkaian Bimbit (MNO) yang mempunyai rangkaian bimbit secara fizikal. MNO yang lain ialah - Singtel, M1 dan Simba (dahulunya TPG Mobile) - melaporkan 1.06 aduan atau kurang untuk tempoh masa yang sama.



Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menerbitkan dapatan ini selepas mengumpulkan maklum balas daripada pengguna yang diberikan oleh 11 syarikat telekomunikasi untuk Ogos dan September 2022. Setiap syarikat telekomunikasi ini mempunyai sekurang-kurangnya 20,000 pelanggan.



IMDA berkata dalam satu kenyataan:



"Objektifnya adalah untuk menyediakan pengguna dengan maklumat mengenai prestasi penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam mengendalikan aduan, sambil menggalakkan (penyedia) meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan mereka."



Laporan itu merupakan salah satu langkah yang diumumkan di Parlimen pada Mac lalu untuk mengukuhkan perlindungan pengguna melalui pendedahan tentang cara syarikat telekomunikasi mengendalikan aduan pengguna.



Syarikat telekomunikasi dikehendaki mendedahkan bilangan aduan yang mereka terima bagi setiap 10,000 pelanggan, tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan aduan dan purata masa menunggu di talian khidmat pelanggan (hotline).



Pelanggan Simba menunggu secara purata 15 minit sebelum seorang pegawai menjawab, masa menunggu yang paling lama di antara semua syarikat telekomunikasi. Ini diikuti oleh M1, yang mencatatkan masa menunggu 4.3 minit pada bulan Ogos dan 6.5 minit pada bulan September.



Masa yang diambil untuk aduan diselesaikan bagi pelanggan Simba juga berbeza-beza. Lebih separuh daripada pelanggannya terpaksa menunggu sekurang-kurangnya 14 hari manakala 42 peratus daripada mereka menerima solusi terhadap aduan mereka dalam tempoh lima hari.



Kebanyakan pelanggan MNO tidak menunggu lebih daripada dua minggu untuk menerima solusi terhadap aduan mereka, manakala 96 peratus pelanggan StarHub dapat menyelesaikan urusan mereka dalam tempoh lima hari.



Laporan IMDA juga mengumpulkan statistik maklum balas pengguna untuk perkhidmatan jalur lebar yang terdapat di sini seperti MyRepublic, M1, Singtel, StarHub dan ViewQwest.



Antaranya, StarHub melaporkan jumlah aduan tertinggi berkaitan perkhidmatan jalur lebarnya, masing-masing pada 8.76 dan 5.09 aduan bagi setiap 10,000 pelanggan pada Ogos dan September lalu.



Empat penyedia lain merekodkan 0.7 aduan atau kurang bagi setiap 10,000 pelanggan.



ViewQwest mengambil masa paling lama untuk menyelesaikan aduan, dengan 100 peratus pelanggan menunggu lebih daripada dua minggu untuk isu jalur lebar mereka diselesaikan.



Majoriti pelanggan StarHub dan Singtel menerima penyelesaian terhadap urusan mereka dalam tempoh lima hari.



Kebanyakan pelanggan MyRepublic dan M1 menerima penyelesaian terhadap masalah jalur lebar mereka dalam masa dua minggu.



Pelanggan jalur lebar M1 pula menghadapi secara purata, masa menunggu paling lama iaitu 6.5 minit pada bulan September sebelum mereka menerima layanan daripada pegawainya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >