Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Timbalan Ketua Pendakwa Jauhari 2020

Faizal Abdul Kadir diiktiraf atas kegigihan daki tangga kerja, sumbangan kepada masyarakat
Nov 19, 2020 | 05:30 AM



DENGAN kegigihan dan sikap yang tidak kenal erti putus asa, beliau membuktikan keupayaannya hingga diberi kepercayaan memikul pelbagai tanggungjawab penting dalam kerjayanya.



Timbalan Ketua Pendakwa dan Penasihat Undang-Undang Negara Kanan di Pejabat Peguam Negara (AGC), Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir, 40 tahun, juga baru-baru ini dilantik sebagai antara 88 Penasihat Undang-Undang Kanan di Singapura.



Sambil mendaki tangga kerjaya, beliau juga giat menyumbang kepada masyarakat, khususnya bagi usaha pembangunan pendidikan golongan muda.



Semangatnya yang menjadi sumber inspirasi dan wajar diteladani itu diiktiraf apabila Encik Mohamed Faizal dinobat sebagai Jauhari masyarakat Melayu/Islam tahun ini.



Beliau menerima Anugerah Jauhari Berita Harian (BH) 2020 daripada Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dalam satu majlis di Auditorium SPH News Centre dengan dihadiri sekitar 50 tetamu petang semalam. Anugerah Jauhari Berita Harian 2020 dibawakan oleh FairPrice Group. Ini juga menjadikan beliau penerima ke-22 anugerah tersebut selepas ia disampaikan buat kali pertama pada 1999.



Acara itu juga disiarkan di laman Facebook BH semalam.



Anugerah yang disampaikan BH kepada individu atau pertubuhan Melayu/Islam itu mengiktiraf pencapaian dan sumbangan cemerlang penerima dalam bidang masing-masing.



Sementara Encik Mohamed Faizal rasa rendah hati dengan pengiktirafan tersebut, beliau berkata anugerah itu juga mencerminkan pelbagai peluang yang diberikan kepadanya.



"Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada keluarga saya serta orang ramai yang... pernah terlibat dalam perjalanan pendidikan dan profesional saya.



"Saya berharap ini akan menjadi sumber inspirasi bagi orang ramai untuk menggilap potensi mereka dan meraih kejayaan dalam bidang masing-masing," katanya.



Dalam ucapannya, Encik Shanmugam memuji Encik Faizal, yang juga penasihat undang-undang kanan termuda, sambil berkata:



"Faizal dikenali sebagai pendakwa yang adil, mulia, terbuka dan jujur. Beliau memiliki rasa rendah hati dan keinginan menyumbang semula kepada masyarakat."



Mengulas mengenai pemilihan penerima Anugerah Jauhari itu, Editor BH, Encik Saat A. Rahman, berkata:



"Berita Harian bukan sahaja meraikan pencapaian Encik Mohamed Faizal sebagai Penasihat Undang-Undang Kanan Melayu/Islam tunggal di Singapura, tetapi juga pelbagai sumbangannya kepada masyarakat.



"Ini termasuk berkhidmat dalam beberapa jawatankuasa dan melancarkan pelbagai usaha untuk menyokong pendidikan, khususnya buat golongan muda."



Tambahnya, pencapaian Encik Mohamed Faizal bukan sahaja suri teladan yang baik bagi masyarakat Melayu/Islam tetapi juga bagi masyarakat Singapura yang lebih meluas.



Majlis itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam serta Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Turut disampaikan semalam ialah Anugerah Jauhari Harapan yang mengiktiraf pencapaian dan potensi individu Melayu/Islam berusia 30 tahun ke bawah.



Penerimanya ialah pemain bola sepak profesional, Ikhsan Fandi, yang kini menyertai kelab Norway FK Jerv.



Beliau menerima trofi dan wang tunai $5,000 sumbangan Institut Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS).



Pengarah Eksekutif MDIS, Dr Ahmad Magad, berkata institut itu gembira dapat menyokong aspirasi Ikhsan dan kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional.



"Kejayaan kerjayanya juga tanda kejayaan Singapura dan kami pasti beliau akan membanggakan negara," ujarnya.




SEKITAR ANUGERAH JAUHARI:



Semangat menyumbang sudah jadi fitrah



Jauhari Harapan mangkin semangat Ikhsan buru impian



Shanmugam: Melayu SG catat kemajuan memberangsangkan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >