Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tindakan Russia ceroboh Ukraine tidak boleh diterima: Shanmugam

Apr 08, 2023 | 04:46 PM



PENCEROBOHAN Russia ke atas Ukraine, yang merupakan sebuah negara berdaulat, tidak boleh diterima, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



Dalam temuramahnya dengan South China Morning post (SCMP) yang diterbitkan pada Sabtu, Encik Shanmugam menegaskan bahawa ia "tidak boleh diterima dan tiada alasan di sebaliknya".



Encik Shanmugam berkata demikian semasa ditanya tentang rancangan 12 perkara keamanan terkini oleh China yang dikongsi  dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, apabila kededua negara bertemu baru-baru ini. 



"Saya ada menyatakan dalam ucapan saya bahawa terdapat ramai yang memainkan peranan dalam apa yang menyebabkan semua ini berlaku.



"Dan tiada tumpuan yang mencukupi yang diberi hari ini dalam media, atau penyampaian awam, tentang peranan yang dimainkan mereka yang lain.



"Saya fikir anda perlu mulakan dengan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, yang menjamin kedaulatan dan integriti wilayah negara.



"Perkara permulaan itu perlu dihormati - integriti wilayah dan kedaulatan. Ia penting.



"Bagaimana ia dicapai, merupakan sesuatu yang perlu diuruskan," katanya.



Menurut Encik Shanmugam, Ukraine dan Russia perlu mencari satu huraian, dan masyarakat antarabangsa, katanya, perlu berusaha ke arah tersebut.



"Saya anggarkan pada satu ketika, China akan membincangkan kedudukan perkara itu dengan Ukraine.



"Sejauh ini mereka belum bertemu.



"Kedudukan China ini merupakan satu langkah, dan saya yakin Ukraine akan mempunyai pandangan tentang beberapa aspek kedudukan  perkara itu," katanya.



Ditanya pula tentang ketegangan di Asia Timur dan penilaiannya tentang wilayah itu, Encik Shanmugam berkata orang ramai sedar akan kepentingan Asia Pasifik.



"Apabila satu-satu wilayah itu penting dari sudut ekonomi, ia juga penting dari sudut strategik.



"Ia penting secara strategik buat Amerika Syarikat, kerana ia kuasa Pasifik dan kerana sekutu ketiga terkuatnya dalam wilayah ini, Jepun, adalah entiti ekonomi ketiga terbesar di dunia.



"Terdapat juga Korea Selatan dan Australia," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >