Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tingkat kesedaran kebersihan demi generasi masa depan

Kempen tahunan 'Jaga kebersihan, Singapura!' dilancar
May 14, 2023 | 05:30 AM



USAHA memastikan kebersihan Singapura bukan sahaja bertujuan menghasilkan alam sekitar yang lebih bermutu dan memberi pengunjung dari luar negara tanggapan yang baik tentang negara ini.



Bahkan menurut Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, matlamat yang lebih besar ialah supaya generasi warga sekarang dapat meninggalkan Singapura yang lebih baik bagi generasi akan datang.



"Misi kita yang lebih besar, menyeluruh dan lebih penting adalah untuk memupuk sikap pengawasan negara dalam kalangan generasi Singapura sekarang untuk meninggalkan versi Singapura yang lebih baik bagi generasi akan datang," ujar Encik Chan semasa berucap di pelancaran kempen Majlis Kebersihan Awam (PHC), 'Jaga kebersihan, Singapura!', yang diadakan di Bangunan Pit F1 pada pagi Sabtu.



Kempen itu dianjurkan setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang masalah pembuangan sampah sembarangan dan mengingatkan penduduk Singapura supaya memikul tanggungjawab bersama meningkatkan tahap kebersihan dalam kehidupan harian.



Pelancaran kempen itu juga diadakan sempena Hari Bersih Singapura.



Sebagai sebahagian daripada acara tersebut, PHC turut menganjurkan kegiatan membersihkan lokasi dekat Bangunan Pit F1 dengan mengutip sampah beramai-ramai.



Seramai 4,383 orang termasuk relawan daripada agensi pemerintah, badan tidak meraih keuntungan dan syarikat turun padang pada pagi Sabtu untuk mengutip sampah.



Dirasmikan oleh Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapore, Cik Denise Phua, acara itu juga berjaya memecah rekod bagi jumlah peserta paling ramai yang turun padang untuk membersihkan sebuah lokasi.



Rekod sebelumnya dicapai pada 2015 apabila 1,798 kakitangan Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) ketika itu serta anggota keluarga mereka berbuat demikian di Hong Lim Park.



MEWR kini dikenali sebagai Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE).



Rekod ini usaha yang diterajui oleh masyarakat penduduk Singapura dan menggalakkan pemahaman tentang apa yang dimaksudkan untuk menjaga tempat umum selain kebersihan di rumah, sedang bertujuan membentuk generasi belia untuk meningkatkan dan memperjuangkan usaha menjaga kebersihan Singapura.



Antara mereka yang sertai acara mengutip sampah itu termasuk Cik Iffa Natasha Mohammad Zamri, 19 tahun.



"Ini adalah peluang yang baik untuk meningkatkan kesedaran belia kerana kebersihan juga berkaitan dengan kemampanan persekitaran.



"Kini, kita boleh lihat perubahan iklim yang semakin panas dan jika belia sekarang tidak mengambil kisah tentang kebersihan dan juga kemampanan, ia sudah tentu akan menjejas dan meninggalkan kesan pada generasi seterusnya," ujar pelajar tahun ketiga Politeknik Singapura (SP) itu, yang juga presiden bagi kelab perkhidmatan masyarakat dan budaya di SP.



Bagi Cik Nurhafizah Saat, 41 tahun, yang turut hadir di acara itu bersama dua anaknya yang berusia tujuh dan sembilan tahun, beliau mendapati ini peluang yang baik mengajar anak-anaknya tentang pentingnya semua orang memainkan peranan menjaga kebersihan.



"Saya ingin mendedahkan kepada anak-anak bahawa Singapura bersih bukan sahaja kerana pekerja pembersihan tetapi kita semua boleh memainkan peranan untuk membersihkan Singapura.



"Menerusi acara seperti ini, ibu bapa boleh turut serta dan mengajar anak mereka tentang pentingnya kebersihan juga," ujar pekerja eksekutif itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >