Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan: Kepercayaan tinggi dalam Home Team, terhadap pegawainya

MHA
Aug 20, 2022 | 05:30 AM



LEBIH lapan dalam 10 pegawai Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) "berasa terlibat" dengan perkhidmatan awam itu dan unitnya, menurut dapatan sebuah tinjauan.



Hasilnya, 97 peratus orang dewasa berasa selamat berjalan sendirian pada waktu malam, dan Singapura menduduki tempat pertama dalam Indeks Undang-Undang dan Ketenteraman mengenai keselamatan Gallup sejak 2015, kata Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, di Majlis Anugerah Biasiswa Pasukan Polis Singapura dan Kementerian Dalam Negeri kelmarin.



Kepercayaan dalam Pasukan Home Team ini, ditambah dengan kepercayaan orang ramai terhadap pegawainya, adalah kunci yang menjadikan Home Team berkesan dan memastikan Singapura selamat, tambah beliau, lapor The Straits Times.



Kepemimpinan baik dalam Home Team adalah "lebih penting" di tengah-tengah ketidaktentuan di seluruh dunia.



Dapatan itu adalah daripada sebuah tinjauan Divisyen Perkhidmatan Awam baru-baru ini merentas seluruh Pemerintah mengenai tahap pelibatan pekerja, kata Encik Shanmugam pada acara di Istana itu.



Biasiswa MHA terdiri daripada Biasiswa Pasukan Polis Singapura serta biasiswa pasukan beruniform dan awam.



Tahun ini, sembilan daripada 13 penerima awam dianugerah biasiswa MHA dalam laluan kerjaya sains dan teknologi. Laluan kerjaya lain terdiri daripada generalis, psikologi dan perisikan.



Encik Shanmugam berkata itu menunjukkan betapa pentingnya teknologi kepada kerja Home Team, sambil menonjolkan kapal tanpa pemandu yang boleh meronda perairan Singapura, dron yang boleh meronda di darat, dan robot yang boleh memadam kebakaran serta membawa peralatan dan pengusung, sebagai sebahagian daripada inovasi teknologi itu.



Salah seorang penerima Biasiswa Awam MHA yang menjadi intern di Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX) ialah Encik Muadz Yamani Mustafa, 20 tahun, yang akan melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam kejuruteraan komputer di Universiti Nasional Singapura (NUS) selepas menamatkan Perkhidmatan Negara (NS).



"Saya didorong oleh pengalaman saya semasa membesar di kuarters penjara kerana bapa saya seorang pegawai penjara," kata Encik Muadz.



Beliau turut berkongsi mengenai pengalamannya semasa keluarga pegawai dibenarkan melawat penjara: "Saya dapat melihat beberapa sel dan melihat bagaimana pegawai respons terhadap kecemasan. Dan kemudian, saya rasa daripada situ, saya lebih menghargi kerja mereka."



Encik Muadz, seorang lulusan kejuruteraan aeroangkasa daripada Politeknik Temasek, menambah bahawa sektor awam memberinya peluang membantu lebih ramai orang melalui kemahiran dan pengetahuannya.



Beliau berkata banyak projek sedang dicuba dalam sektor awam, dan kerja yang dilakukan itu akan mencapai khalayak yang lebih luas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >