Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Tipu tempahan bilik hotel: Lelaki ditahan

Dec 30, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki telah ditahan polis disyaki terlibat dalam kes penipuan tempahan bilik hotel.



Dia dijangka didakwa di mahkamah hari ini.



Polis berkata mereka menerima laporan kelmarin daripada seorang mangsa yang tidak menerima tempahan bilik hotelnya selepas bayaran dibuat kepada lelaki berusia 45 tahun itu.



Pegawai divisyen Ang Mo Kio mengenal pasti identiti lelaki itu dan menahannya dalam tempoh enam jam selepas laporan dibuat, kata polis dalam kenyataannya semalam.



Polis berkata, lelaki itu dipercayai terlibat dalam kes penipuan lain yang serupa, dan jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.



Polis telah menasihati pengguna dalam talian supaya berwaspada ketika membeli barangan dalam talian yang dijual pada harga sangat murah.



"Sekiranya harga itu terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, ia mungkin tidak benar. Beli hanya daripada penjual yang dibenarkan atau sumber yang mempunyai reputasi baik, terutamanya untuk barangan berharga tinggi," katanya.



Pembeli juga harus memilih perlindungan dengan pilihan pembayaran terbina, yang mana bayaran dibuat kepada penjual hanya selepas tempahan dan penghantaran barangan dipenuhi.



Elak membuat bayaran pendahuluan atau pemindahan wang langsung melalui bank kepada penjual jika boleh kerana ini tidak menyediakan perlindungan bagi pembeli, kata polis.



Penipu mungkin menarik pembeli untuk menghubungi mereka secara langsung melalui platform menghantar mesej seperti WhatsApp atau WeChat dengan menawarkan tawaran lebih baik atau lebih pantas jika pemindahan bank dibuat langsung kepada mereka, tambah mereka.



"Mereka mungkin juga menggunakan akaun bank tempatan atau menyediakan salinan kad pengenalan atau lesen pemandu untuk membuat anda percaya bahawa mereka penjual tulen. Jangan terpedaya," ujar polis.



Mereka yang mempunyai maklumat tentang penipuan berkenaan boleh menghubungi talian polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >