Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TKGS sambut ulang tahun ke-65

Jul 29, 2018 | 05:40 PM



SEKOLAH Perempuan Tanjong Katong (TKGS) menyambut ulang tahunnya yang ke-65 dengan satu jamuan malam di Hotel Fullerton semalam (28 Julai).



Acara tersebut dihadiri bekas pelajarnya termasuk Presiden Halimah Yacob yang hadir selaku tetamu terhormat serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Singapura, Cik Tan Ching Yee.



Hampir 400 orang hadir di acara itu termasuk bekas pelajar, ibu bapa, kakitangan sekolah dan rakan kerja TKGS.



Berucap di majlis tersebut, Puan Halimah menyentuh tentang cabaran sosial yang dihadapi hari ini.



Selain usaha pemerintah membantu golongan kurang bernasib baik di Singapura, beliau berkata bekas pelajar dan pelajar juga boleh memberi sumbangan bagi memperbaiki kehidupan orang di keliling mereka.



Bercakap tentang bekas pelajar sekolah itu yang wajar diteladani seperti Puan Halimah, Pengetua TKGS, Cik Mary Seah, berkata mereka belajar bagaimana untuk memimpin tanpa pangkat mahupun kedudukan.



Mereka kini berbakti kepada masyarakat tanpa mengira pangkat atau kedudukan, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >