Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Token TraceTogether tidak mandatori bagi pelajar pada tahun depan

Dec 16, 2020 | 05:30 AM



PELAJAR tidak perlu menggunakan token TraceTogether apabila mereka kembali ke sekolah tahun depan, kata Menteri Negara (Pendidikan), Cik Sun Xueling, semalam.



Cik Sun memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa token tersebut hanya akan diperlukan setelah ia selesai diagihkan di seluruh negara.



"Jika agihan token TraceTogether belum bermula di kawasan anda, jangan khuatir. Ia belum mandatori bagi anak anda untuk memerlukan token TraceTogether ketika sekolah dibuka semula," katanya dalam satu catatan Facebook pagi semalam.



Sekolah rendah dan sekolah menengah akan dibuka semula pada 4 Januari manakala maktab rendah dan Institut Millennia dibuka semula pada 29 Januari.



Kenyataan Cik Sun selaras dengan garis panduan Kementerian Pendidikan (MOE).



Menurut garis panduan itu, setiap individu berusia tujuh tahun dan ke atas perlu menggunakan token TraceTogether atau aplikasinya di sekolah.



Bagaimanapun, SafeEntry menggunakan sistem TraceTogether secara eksklusif akan dikuatkuasa hanya apabila semua orang berpeluang mendapat token di kelab masyarakat di kawasan masing-masing, atau memuat turun aplikasi tersebut.



Menerusi laman MOE, ia juga menyatakan bahawa pelajar akan dibenarkan masuk ke sekolah sekiranya mereka terlupa atau hilang token mereka, ataupun tidak ada aplikasi dalam telefon mereka.



Sebelum ini, penduduk berpeluang mengambil token daripada 38 kelab masyarakat. Bagi mengatasi masalah orang ramai yang perlu beratur panjang yang berlaku di kelab-kelab itu, pemerintah telah memperuntuk masa untuk mengagihkan token tersebut.



Pada masa ini, penduduk boleh mengambil token di kelab masyarakat berhampiran dengan rumah mereka sahaja.



Semua penduduk berusia tujuh tahun dan ke atas, termasuk pemegang pas, berhak mendapat satu token.



Catatan Facebook Cik Sun itu dimuat naik menyusuli pengumuman Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, kelmarin bahawa Singapura akan memasuki Fasa Ketiga pada 28 Disember ini.



"Dalam penglibatan saya bersama 30 relawan malam kelmarin, kebanyakan antara mereka melahirkan perasaan ghairah untuk langkah baru ini," kata Cik Sun, yang juga Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga).



"Jaga keselamatan, kekal berwaspada. Kita boleh mengharungi ini bersama," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >