Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tower Transit diberi dua kontrak $1.03b

Ia bagi kendali 56 khidmat bas di Bulim dan Sembawang-Yishun selama lima tahun, bermula 2021
Oct 01, 2020 | 05:30 AM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah memberikan dua kontrak bernilai $1.03 bilion kepada Tower Transit Singapore Pte Ltd (TTS) untuk mengendalikan 56 khidmat bas di Bulim dan Sembawang-Yishun selama lima tahun.



TTS kini sedang mengendalikan khidmat bas Bulim, dan akan mengambil alih khidmat bas Sembawang-Yishun daripada SMRT Buses Ltd (SMRT).



Kontrak tersebut akan bermula secara bertahap-tahap mulai suku kedua tahun depan, dengan LTA menyediakan pilihan melanjutkan tempoh kontrak selama dua tahun lagi jika TTS menunjukkan prestasi baik dalam tempoh lima tahun itu.



Pakej Bulim merangkumi 29 khidmat bas yang beroperasi dari Depoh Bulim. TTS akan terus mengendalikan Pusat Pertukaran Bas Bukit Batok dan Jurong East.



Ini termasuk khidmat bas 41, 49, 66, 77, 78, 79, 96, 97, 97e, 98/98M, 106, 143/143M, 173, 177, 183, 189, 282, 284, 285, 333, 334, 335, 653, 657, 941, 944, 945, 947 dan 990.



Sementara itu, pakej Sembawang-Yishun pula merangkumi 27 khidmat bas, dengan khidmat tersebut akan beroperasi dari Depoh Mandai yang baru.



Khidmat bas itu termasuk 167,167e, 169, 171, 825, 853/ 853M, 854, 854e, 855, 856, 857, 858, 859/ 859A/ 859B, 882, 883/ 883M, 963, 963e, 963R, 965, 966, 969, 980, 981, CDS 656, CDS 663, N1 dan N2.



TTS juga akan mengendalikan Pusat Pertukaran Bas Sembawang dan Yishun.



Tender bagi dua pakej bas itu dibuka pada 29 November tahun lalu, dengan pengendali bas boleh memilih untuk membida bagi salah satu pakej bas itu atau kedua-duanya.



LTA dalam kenyataannya semalam berkata penyerahan tender dinilai berdasarkan proses dua sampul surat yang melihat pada kedua-dua faktor mutu dan harga.



Penyerahan harga dibuka hanya selepas penilaian mutu selesai dijalankan demi memastikan LTA mendapat saranan yang berbaloi dengan wang dibelanjakan yang terbaik tanpa menjejas mutu.



"TTS diberikan kontrak bagi pakej gabungan itu kerana ia menerima markah keseluruhan tertinggi selepas mengambil kira kedua-dua faktor harga dan mutu dalam saranannya," kata pihak berkuasa itu.



LTA berkata kakitangan SMRT dalam pakej bas Sembawang-Yishun yang terjejas akan dilindungi oleh Garis Panduan Amalan Pekerjaan Baik dalam Industri Bas Awam.



"Kesemua kakitangan yang terjejas dengan tender baru atau perubahan dalam kontrak khidmat bas mesti ditawarkan pekerjaan oleh pengendali baru, dengan syarat pekerjaan yang bukan lebih teruk daripada yang mereka nikmati sebelum peralihan," kata LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >