Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trafik sesak di pusat pemeriksaan darat jelang cuti hujung minggu

Apr 07, 2023 | 05:30 AM



PEMANDU yang masuk ke Malaysia pada Khamis menghadapi kesesakan lalu lintas menjelang hujung minggu panjang Good Friday, yang menyebabkan kelewatan perjalanan seperti yang dilihat dalam beberapa minggu kebelakangan ini.



Kali ini, trafik sesak di kedua-dua pusat pemeriksaan menghala ke Johor, lapor The Straits Times.



Di Pusat Pemeriksaan Woodlands, kesesakan lalu lintas yang panjang dari Malaysia menyebabkan kelewatan di tempat berlepas Singapura, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).



Dalam catatan Facebook pada Khamis, ICA berkata:



"Kelewatan dijangka dan pelancong dinasihatkan memeriksa keadaan lalu lintas sebelum memulakan perjalanan mereka."



Penstriman kamera langsung di portal OneMotoring menunjukkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua pusat pemeriksaan pada petang Khamis pada kira-kira 4.45 petang.



Semakan masa perjalanan menggunakan aplikasi Beat The Jam menunjukkan bahawa pelancong yang menuju ke Johor di Koswe boleh menjangkakan ia akan mengambil masa antara 4 hingga 6 jam untuk masuk ke Malaysia.



Di Tuas, lintasan berkemungkinan mengambil masa antara 3 hingga 5 jam.



Tahun ini, Good Friday, jatuh pada 7 April dan merupakan cuti umum untuk warga Singapura.



Satu lagi faktor yang yang mungkin berlakunya kesesakan lalu lintas ialah Pesta Qing Ming, yang bermula pada 5 April.



Dalam perkembangan yang diumumkan pada 11 pagi pada Khamis, ICA berkata terdapat kesesakan trafik ke Johor di kedua-dua pusat pemeriksaan.



Pada 3.35 petang, ICA berkata trafik sesak di kedua-dua pusat pemeriksaan darat akan menyebabkan kelewatan.



Ia menasihatkan pelancong untuk memeriksa keadaan lalu lintas sebelum memulakan perjalanan mereka ke Malaysia.



Dalam satu kenyataan pada 30 Mac, ICA berkata trafik sesak dijangka sepanjang Pesta Qing Ming dan hujung minggu Good Friday dan mereka yang merancang untuk menyeberangi pusat pemeriksaan darat antara 3 April dan 11 April melalui kereta atau bas dinasihatkan untuk mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen.



Lebih satu juta individu telah melintasi pusat pemeriksaan darat pada hujung minggu Good Friday pada 2019, tambah ICA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >