Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tragedi Tanjong Pagar: Rumah kedai puliharaan hanya 'calar permukaan', kata BCA

Feb 14, 2021 | 10:15 PM



KEROSAKAN pada rumah kedai yang dipulihara di Tanjong Pagar akibat rempuhan kereta BMW pada Sabtu (13 Februari) hanya minimal, kata Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) pada Ahad.



Lembaga berkanun di bawah Kementerian Pembangunan Negara itu berkata seorang jurutera telah dikerahkan ke lokasi kejadian pada pagi kemalangan itu berlaku bagi membantu menilai struktur bangunan rumah kedai itu.



"Selain calar pada permukaan tiang di tingkat bawah rumah kedai itu, keutuhan struktur bangunan itu tidak terjejas oleh rempuhan dan kebakaran yang berlaku," jelas jurucakap  BCA kepada akhbar The Straits Times.



"BCA akan mengarahkan pemilik bangunan ini agar mendapatkan khidmat jurutera profesional bagi menjalankan pemeriksaan lebih terperinci dan mengusulkan sebarang kerja pembaikan jika perlu," katanya lagi.



Rumah kedai yang bertempat di 37 Tanjong Pagar Road kosong sejak kafe Five Oars Coffee Roasters yang dahulunya mengisi ruang itu berpindah pada 29 Januari.



Hasil tinjauan peta dalam talian Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), disahkan bahawa bangunan itu dipulihara di bawah kawasan Chinatown-Tanjong Pagar dan ditandakan sebagai "bersejarah" oleh pihak berkuasa. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >