Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PROFIL PENIAGA BAZAR

Trend luar negara jadi modal jual perhiasan

Jun 02, 2018 | 05:30 AM



SETIAP kali beliau melancong ke luar negara, pereka fesyen Cik Fatimah Mohsin, akan memerhatikan trend perhiasan rumah yang sedang popular di negara tersebut.



Dari situ, akan tercetuslah idea bagi beliau membawa pulang produk untuk dijual di sini di bawah jenama perhiasan rumahnya, PropupStore.



"Contohnya, semasa saya berada di Finland, saya ada lihat barang perhiasan rumah Scandinavian di sana... semuanya 'matching'.



"Kusyennya sedondon dengan tikar lantai dan alas pinggan dan sebagainya," cerita beliau.



Tahun ini kali pertama PropupStore menyertai Bazar Hari Raya di Our Tampines Hub (OTH).



Beliau juga berniaga di bazar di Big Box di Jurong East dan City Plaza di Geylang Serai.



Cik Fatimah menjelaskan bahawa beliau sebelum ini ada menyertai acara 'pop-up' di Tampines Mall dan mendapati respons di Tampines itu agak baik.



Justeru, beliau memutuskan untuk menjayakan bazar di OTH.



Gerai PropupStore di OTH itu menampilkan pelbagai barangan perhiasan rumah - dari bunga hingga ke gelas kaca berwarna, kusyen dan alas pinggan.



Cik Fatimah berkata khas sempena Hari Raya ini, beliau juga melancarkan set barang perhiasan rumah bertemakan 'summer Raya' - produk yang ditampilkan akan mempunyai corak dan rekaan daun hijau tropika.



Beliau juga melancarkan siri barang perhiasan rumah marmar.



"Saya sendiri yang dengan teliti memilih barang-barang ini. Ejen-ejen saya juga akan pastikan semua produk yang dipesan dan dibeli adalah sama seperti apa yang saya pilih.



"Apabila tiba di Singapura, kami juga akan memeriksa produk itu bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan bermutu sebelum dijual kepada pelanggan," kata beliau.



Tambah Cik Fatimah, harga barangan yang dijual adalah antara $5 hingga lebih $200. Misalnya, kusyennya berharga antara $18 dengan $38.



"Saya harap kami dapat memberi inspirasi kepada orang ramai agar kelihatan cantik dan bergaya dalam keterampilan mereka dan juga rumah mereka. Rumah kita menunjukkan personaliti kita.



"Orang Melayu kita juga bangga dengan rumah kita dan kita juga suka rumah kita cantik," kata beliau.




"Saya harap kami dapat memberi inspirasi kepada orang ramai agar kelihatan cantik dan bergaya dalam keterampilan mereka dan juga rumah mereka. Rumah kita menunjukkan personaliti kita. Orang Melayu kita juga bangga dengan rumah kita dan kita juga suka rumah kita cantik."
- Cik Fatimah Mohsin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >