Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trend tumpuan S'pura dalam lakar prasarana keterhubungan

Janil: Termasuk lebih guna AI dalam kehidupan harian, pergerakan lebih autonomi, pengalaman digital lebih asyik
Apr 25, 2023 | 05:30 AM



PENGGUNAAN kecerdasan buatan (AI) dalam kehidupan harian yang semakin meningkat, pergerakan lebih berautonomi seperti kenderaan tanpa pemandu, dan pengalaman digital lebih mengasyikkan seperti realiti maya antara trend bakal menjadi tumpuan Singapura sedang ia melakar haluan infrastruktur keterhubungannya.



Ini selain memastikan pengkomputeran lebih laju dan boleh dipercayai serta keselamatan keterhubungan digital negara yang dipertingkat.



Mengulas tentang trend itu ketika ditemui wartawan pada Isnin di Hab Inovasi PIXEL Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, berkata walaupun trend tersebut sudah dapat dilihat dalam kehidupan sekarang, persoalannya ialah bagaimana ia akan saling berkait dan memberi kesan kepada satu sama lain dalam tempoh 10 tahun akan datang.



Ini yang dibincangkan panel penasihat Pelan Induk Keterhubungan Digital sedang ia merancang bagi infrastruktur keterhubungan digital Singapura, kata Dr Janil, yang juga pengerusi bersama panel tersebut.



Dibangunkan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), Pelan Induk Keterhubungan Digital yang dijadual dilancarkan lewat tahun ini, antara lain melibatkan infrastruktur seperti rangkaian WiFi, mudah alih dan jalur lebar yang menyediakan keterhubungan domestik serta kabel dasar laut bagi keterhubungan antarabangsa.



Ia juga akan mengenal pasti sinergi bersama komponen infrastruktur digital lain yang melengkapi lapisan keterhubungan ini, contohnya pusat data dan utiliti digital.



Memberi gambaran tentang apa yang ingin dicapai Singapura pada masa depan, Dr Janil menyebut contoh permainan realiti maya yang membolehkan pemain menikmati suasana tiga dimensi.



Beliau berkata sekarang teknologi itu dapat dilakukan dalam skala kecil dan terhad, tetapi ada keperluan meneroka bagaimana memastikan teknologi itu dapat diakses seluruh negara dan digunakan bagi tujuan lebih pelbagai selain 'gaming', contohnya dalam penjagaan kesihatan, pendidikan dan keselamatan.



Perlu ada proses untuk membolehkan warga Singapura dan perniagaan berinovasi, menghasilkan idea, dan mengujinya dalam pasaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >