Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tugas diplomasi hari ini jauh lebih kompleks namun masih ada harapan bagi S’pura: Presiden Halimah

Jun 09, 2023 | 06:54 PM



Diplomasi hari ini merupakan tugas yang jauh lebih kompleks terutamanya dalam keadaan dunia di mana terdapat peningkatan sentimen perlindungan, tertutup dan nasionalis, kata Presiden Halimah Yacob.

Cabaran ini diburukkan lagi dengan kepantasan penyebaran maklumat palsu dan tidak tepat di media sosial.

Bahkan, Puan Halimah berkata persekitaran luaran akan kekal tidak menentu dalam masa depan terdekat ini.

Memberi contoh, ketidakpercayaan dan persaingan strategik yang semakin mendalam antara Amerika Syarikat dan China, katanya, mempunyai kesan negatif terhadap sistem perdagangan pelbagai hala sedia ada.

Kini terdapat peningkatan risiko penyahgandingan (decoupling) dan pemecah belahan teknologi dan ekonomi disebabkan itu, tambah beliau.

“Negara-negara kini mendakap dasar-dasar perindustrian lebih ketat dengan Amerika, China dan Persatuan Eropah (EU) mengejar kawalan eksport dalam bidang strategik utama serta pelepasan cukai dan subsidi untuk membangunkan kekuatan domestik dalam industri kritikal.

“Perniagaan juga menyusun semula diri mereka sebagai tindak balas kepada keadaan geopolitik ini.

“Lebih banyak syarikat berbilang negara (MNC) juga mempertimbangkan untuk kembali ke negara masing-masing atau berpindah ke negara yang lebih ramah untuk mengelak daripada terjerat dalam masalah geostrategi,” ulas Puan Halimah.

Beliau berkata demikian dalam Ceramah S Rajaratnam yang diadakan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central pada 9 Jun 2023.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata pandemik Covid-19 telah menonjolkan kelemahan dalam kerjasama global dan ketersambungan rantaian bekalan.

“Naluri nativisme membuatkan banyak negara berpaling ke dalam.

“Negara-negara hanya cuba berkongsi sumber apabila semakin jelas bahawa respons global diperlukan untuk memastikan keselamatan semua orang dalam dunia yang sangat terhubung ini.

“Pandemik seterusnya boleh berlaku bila-bila masa - kita sudah belajar daripada Covid-19 bahawa kerjasama pelbagai hala adalah satu-satunya cara untuk menangani isu global sedemikian.

“Kita harus berfikir global meskipun kita bertindak secara lokal,” tegas Puan Halimah.

Dalam beberapa tahun kebelakangan juga, terdapat peningkatan dalam sentimen nasionalisme dan secara dalaman pula, banyak negara berdepan dengan politik yang semakin berpecah-belah serta polarisasi pandangan.

Pun begitu, sementara landskap global menjadi semakin kompleks dan tidak menentu, masih ada harapan bagi Singapura, kata Puan Halimah.

Ini kerana negara ini masih boleh bekerjasama dengan rakan kongsi yang berfikiran sama untuk memajukan integrasi ekonomi yang lebih besar serta kebebasan perdagangan dan pelaburan global.

Meskipun Asia menempatkan antara ekonomi paling cepat membangun di dunia serta merupakan antara pemacu utama pertumbuhan dan pembangunan global, rantau ini juga berdepan dengan cabaran yang signifikan termasuk ketegangan geopolitik, pertikaian wilayah dan ketidakseimbangan ekonomi.

“Dalam persekitaran kompleks seperti ini, membina keyakinan, pemahaman dan kerjasama antara negara lebih penting daripada sebelumnya,” ujar Puan Halimah.

Menjelaskan, beliau berkata Singapura telah menggalakkan kuasa-kuasa besar seperti AS dan China untuk terus meningkatkan pendekatan dengan Singapura dan negara lain di rantau ini.

Ini telah dilakukan melalui inisiatif seperti Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) dan Inisiatif Belt and Road.

Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) antara Australia, Brunei, Kemboja, China, Jepun, Laos, New Zealand, Singapura, Thailand dan Vietnam yang membolehkan perniagaan menikmati penghapusan tarif kira-kira 92 peratus barang yang diperdagang dalam kalangan 10 negara tersebut, juga merupakan langkah positif terhadap membangunkan kepercayaan dan kerjasama serantau.

Selain itu, Singapura merupakan sebahagian Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP) dan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital.

Negara ini juga sentiasa mahu meluaskan hubungan ekonomi dengan blok ekonomi utama dan telah menandatangani beberapa perjanjian perdagangan bebas (FTA) “untuk meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan bagi perniagaan kami dan meningkatkan hubungan antara warga” kata Puan Halimah.

Beliau turut mengatakan bahawa terdapat potensi yang sangat luas di Asia Tenggara, dengan Asean membentuk ekonomi kelima terbesar dunia.

“Kita sepatutnya merebut peluang di Asean, terutama dalam bidang-bidang baru seperti ekonomi digital dan hijau serta dalam melibatkan pihak luar,” ujarnya.

Memetik contoh Projek Penyepaduan Kuasa Laos-Thailand-Malaysia-Singapura, Puah Halimah berkata ia merupakan “contoh terbaik kerjasama sedemikian dan pembuka laluan kepada merealisasikan Grid Kuasa Asean”.

Asean juga berusaha mewujudkan FTA dengan rakan kerja baru seperti Canada dan meningkatkan FTA sedia ada dengan Australia, New Zealand, China dan India.

“Sebagai bandar global dengan ekonomi terbuka, kita bergantung pada sistem perdagangan pelbagai hala yang berfungsi dan berkesan yang kini berada di bawah tekanan luar biasa.

“Pun begitu, masih terdapat banyak peluang untuk bekerjasama dengan rakan kerja yang bersependapat di rantau ini dan di peringkat dunia, untuk meluaskan hubungan perdagangan dan perniagaan serta untuk menceburi bidang pertumbuhan baru,” ulas Puan Halimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >