Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga, syarikat S’pura harus rebut peluang tembusi pasaran baru

Jun 09, 2023 | 06:50 PM



Singapura perlu kekal terbuka kepada kerjasama dan peluang baru di tengah-tengah landskap global yang kian rumit dan tidak menentu yang dihadapi dunia kini, kata Presiden Halimah Yacob.

Ini termasuk dengan menembusi pasaran baru.

Dalam ucapannya di Ceramah S. Rajaratnam di ITE Kolej Central pada Jumaat, Puan Halimah berkata Singapura juga akan terus menyokong usaha sedemikian termasuk menjalin hubungan ekonomi lebih kukuh dengan ekonomi baru.

Ceramah itu dihadiri sekitar 800 orang termasuk pemegang jawatan politik, pegawai pemerintah kanan, anggota kor diplomatik, anggota kumpulan pemikir, pelajar daripada institusi pengajian tinggi dan pegawai Kementerian Ehwal Luar (MFA).

“Saya melawat Kazakhstan dan Uzbekistan baru-baru ini dan menyaksikan secara langsung ekonomi mereka yang pesat menjadi terbuka.

“Di Asia Selatan, Bangladesh dijangka menjadi sebuah ekonomi bernilai AS$1 trilion ($1.34 trilion) menjelang 2030 dan mereka mahu mengembangkan hubungan perdagangan dan pelaburannya dengan Asia Tenggara.

“Untuk memanfaatkan pertumbuhan ini, Singapura dan Bangladesh telah memeterai memorandum kerjasama mengenai perdagangan dan pelaburan pada November 2022,” ujarnya.

Singapura juga akan menyokong warga dan perusahaan tanah air menembusi pasaran baru dengan mengupayakan kerjasama lebih mendalam di peringkat sektor menerusi pelbagai kerjasama antara pemerintah.

Sebagai contoh, Puan Halimah berkata Singapura telah bekerja rapat dengan beberapa negara Afrika, dengan ada di antara mereka telah merintiskan teknologi bayaran mudah alih, untuk mempertingkat kerjasama dalam bidang teknologi kewangan (fintech).

Singapura juga telah melancarkan Koridor Keyakinan Kewangan atau ‘Financial Trust Corridor’ bersama Ghana dan Rwanda, yang bertujuan memudahkan pertukaran dokumen secara selamat antara institusi kewangan dengan perusahaan.

Ini akan menjadikannya lebih mudah untuk mendapatkan pembiayaan bagi usaha menembusi dua negara ini.

Puan Halimah berkata Singapura juga akan melengkapkan warga dengan kemahiran dan pengetahuan untuk memanfaatkan peluang baru ini.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) serta SkillsFuture Singapore, akan menubuhkan Jawatankuasa Kemahiran Hijau bagi tenaga kerja setempat manakala Program Kemampanan Perusahaan menyokong usaha syarikat untuk membangunkan keupayaan kemampanan mereka.

Inisiatif ini melengkapi usaha oleh syarikat Singapura untuk memanfaatkan peluang ekonomi hijau dalam pasaran baru, ujar Puan Halimah.

Tambahnya, rantau seperti Asia Tengah, Amerika Latin, Timur Tengah, Asia Selatan dan Afrika juga telah melalui pertumbuhan yang dinamik dan pesat.

Oleh itu, adalah tepat pada masanya bagi Singapura memanfaatkan kadar pertumbuhan yang dipercepat dalam pasaran baru ini.

“Kita telah memperkukuh kehadiran Singapura dalam pasaran tradisional kita.

“Kita harus terus mempelbagai jangkauan pasaran kita supaya kita bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan pada satu pasaran atau rantau, tetapi juga dapat menjalin hubungan baru demi memastikan kemampanan dan kemakmuran ekonomi kita,” kata Puan Halimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >