Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tunggang e-skuter di laluan pejalan kaki, dua ditahan

Jan 02, 2020 | 05:30 AM



DUA orang yang menggunakan skuter elektrik (e-skuter) di laluan pejalan kaki ditangkap pihak berkuasa semalam.



Menerusi laman Facebook mereka semalam, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mereka yang tahan boleh didenda sehingga $2,000, dipenjara hingga tiga bulan atau kedua-duanya.



Foto yang disiarkan LTA di Facebook menunjukkan salah seorang pengguna e-skuter yang ditangkap itu ditahan pegawai penguatkuasa di Yishun manakala seorang lagi ditahan di Sengkang.



Menurut LTA, pegawai penguatkuasa telah mula mengambil pendekatan tegas terhadap pengguna e-skuter yang didapati menggunakan alat itu di laluan pejalan kaki.



Mereka antara lain menjalankan rondaan di Ang Mo Kio, Punggol, Sengkang, Sembawang dan Yishun semalam.



Selain mengambil pendekatan tegas terhadap pengguna e-skuter yang melanggar peraturan, mereka juga terus memeriksa alat mobiliti aktif untuk memastikan ia mematuhi kriteria keselamatan pihak berkuasa.



Di bawah peraturan baru, e-skuter dilarang digunakan di sepanjang 5,500 kilometer laluan pejalan kaki di serata Singapura.



Ini bermakna ia hanya boleh digunakan di kira-kira 440 kilometer laluan basikal di serata negara.



E-skuter juga terus dilarang digunakan di jalan raya.



Larangan itu bermula pada 5 November, ekoran bilangan kemalangan melibatkan e-skuter yang terus meningkat, termasuk yang menyebabkan kecederaan serius dan meragut nyawa.



Sehingga kelmarin, pihak berkuasa sekadar memberi amaran kepada mereka yang melanggar undang-undang baru itu.



Namun mulai semalam, penguatkuasaan tegas pula mula diambil.



Akhbar The Straits Times turut melaporkan bahawa syarikat penghantaran makanan Deliveroo telah berhenti memberi tempahan penghantaran makanan kepada pekerja penghantarannya yang menggunakan alat mobiliti peribadi (PMD).



Pengguna PMD yang belum menukar kenderaan atau memohon bagi mendapatkan Geran Tukar Beli e-skuter (eTG) pemerintah sehingga 31 Disember tidak boleh terus bekerja dengan Deliveroo selagi mereka tidak mengesahkan bahawa mereka ingin menukar kenderaan, kata jurucakap syarikat itu.



Sementara pengguna e-skuter tidak dilihat di beberapa tempat yang dironda pegawai penguatkuasa seperti di kawasan Compass One di Sengkang semalam, keadaannya berbeza di tempat lain.



Di sekitar Causeway Point di Woodlands misalnya, sesetengah pengguna e-skuter masih menggunakan laluan pejalan kaki.



Basikal dan alat bantuan mobiliti peribadi (PMA) seperti kerusi roda bermotor terus dibenarkan di laluan pejalan kaki, laluan basikal dan laluan Rangkaian Penghubung Taman (PCN).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >