Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tuntutan gaji naik 26% pada 2022 meski banyak syarikat berdepan isu kewangan

Jul 25, 2023 | 05:39 PM



Lebih ramai pekerja, setempat dan asing, memfailkan tuntutan gaji pada 2022 berbanding tahun sebelumnya, dengan jumlah yang dapat dikembalikan kepada mereka meningkat hampir 40 peratus kepada $12 juta.

Tuntutan gaji melonjak 26 peratus kepada 6,123 daripada 4,848 pada 2021 dengan lebih banyak tuntutan ini dibuat oleh kumpulan terhadap syarikat yang mengalami kegagalan perniagaan atau masalah kewangan.

Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Perikatan Tiga Pihak untuk Penyelesaian Pertikaian (TADM), yang dilaporkan The Straits Times pada Selasa (25 Julai).

Dengan keadaan ekonomi yang mencabar, bilangan keseluruhan tuntutan pekerjaan dan rayuan yang dikemukakan kepada MOM dan TADM meningkat kepada 1.97 bagi setiap 1,000 pekerja pada 2022, naik daripada 1.73 bagi setiap 1,000 pekerja pada 2021, menurut Laporan Piawaian Pekerjaan tahunan.

Pekerja setempat yang merujuk kepada warga Singapura dan penduduk tetap, membuat 57 peratus daripada semua 7,140 tuntutan pekerjaan dan rayuan yang diterima oleh MOM dan TADM pada 2022, manakala baki 43 peratus lagi dibuat oleh kakitangan asing.

Sebahagian besar tuntutan pekerjaan dan rayuan terdiri daripada tuntutan gaji, seperti gaji pokok, gaji sebagai ganti notis atau gaji kerja lembur.

Tuntutan pemecatan merangkumi sebahagian besar bakinya, lapor akhbar itu lagi.

Bilangan tuntutan tunggakan gaji meningkat tahun lalu bagi pekerja setempat dan asing.

Dalam kalangan warga setempat, kadarnya ialah 1.29 bagi setiap 1,000 pekerja pada 2022, meningkat daripada 1.16 bagi setiap 1,000 pekerja pada 2021.

Bagi warga asing, kadar itu ialah 2.53 bagi setiap 1,000 pekerja pada 2022, meningkat daripada 2.1 bagi setiap 1,000 pekerja pada 2021.

Bagaimanapun, laporan MOM dan TADM menyatakan bahawa jumlah insiden tuntutan tunggakan gaji dan pemecatan yang salah kekal di bawah paras sebelum Covid-19.

Pada 2022, tuntutan gaji dibuat oleh 1.68 daripada setiap 1,000 pekerja, turun daripada 2.68 setiap 1,000 pekerja pada 2019.

Begitu juga tuntutan pemecatan yang salah telah dibuat oleh sebanyak 0.26 setiap 1,000 pekerja pada 2022, turun daripada 0.29 setiap 1,000 pekerja pada 2019.

Laporan itu juga mendapati 86 peratus tuntutan gaji telah diselesaikan melalui pengantaraan di TADM pada 2022.

Baki 14 peratus telah dirujuk kepada Tribunal Tuntutan Pekerjaan (ECT) untuk adjudikasi.

Daripada tuntutan gaji yang diselesaikan dengan pengantaraan di TADM, 90 peratus telah diselesaikan dalam tempoh dua bulan, lebih rendah sedikit berbanding 92 peratus pada 2021.

Selain itu, 93 peratus daripada semua pekerja yang membuat tuntutan gaji pada 2022 memperoleh semula gaji yang terhutang kepada mereka, sama ada di TADM atau ECT.

Empat peratus lagi memperoleh hanya sebahagian daripada gaji mereka, melalui pembayaran penyelesaian daripada penanggung insurans bon keselamatan atau bantuan kewangan bagi pekerja bergaji rendah di bawah Dana Bantuan Jangka Pendek atau Dana Bantuan Pekerja Migran.

“Baki 3 peratus tidak mendapat sebarang gaji dan kebanyakan mereka berpendapatan tinggi,” kata laporan itu.

Semua majikan yang tidak membayar balik sepenuhnya gaji pekerja mereka telah digantung keistimewaan pas kerja mereka oleh MOM, tambahnya.

Sementara itu, menulis di Facebook, Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Patrick Tay, berkata meskipun bilangan tuntutan gaji dan tuntutan pemecatan salah adalah lebih tinggi daripada tahun lepas, keadilan di tempat kerja telah bertambah baik dari semasa ke semasa dengan bilangan kes yang ditangani Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil dan Progresif (Tafep) berkurangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >