Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tutup sementara studio kecergasan, lebih masa bersama keluarga sempena Lebaran

Kemunculan Syawal di tengah-tengah pandemik telah menjejas cara kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun, bagi dua keluarga berikut, kegiatan kunjungan yang terhad tahun ini memberi mereka lebih banyak masa untuk diluang bersama keluarga. BERITA HARIAN melaporkan.
May 13, 2021 | 05:30 AM



BELUM sempat beliau memanfaatkan sepenuhnya studio kecergasan baru yang dibuka kurang sebulan lalu, Cik Siti Zubaidah Mohd Isa kini terpaksa menangguh hasrat mengendalikan kelas senaman yang boleh dilakukan di studio yang terletak di ARK@Gambas itu.



Menyusuli langkah pengurusan selamat diperketat yang dikuatkuasakan baru-baru ini, kesemua kelasnya sekali lagi terpaksa dialihkan ke wadah dalam talian.



"Ini merupakan sesuatu yang pernah kita lalui sebelum ini dan kami bersedia menghadapinya lagi, walaupun pengumuman itu dibuat tanpa ramai yang sangka," kata pemilik bersama The Eaqlia Studio, yang sebelum ini terletak di Chong Pang, Yishun.



Minggu lalu, pasukan bertindak berbilang kementerian bagi Covid-19 telah mengumumkan penutupan gimnasium dan studio senaman dalam bangunan mulai 8 hingga 30 Mei, demi mengurangkan risiko jangkitan dalam masyarakat dan wujud kelompok baru.



Bagaimanapun, gimnasium dan studio kecergasan masih boleh menawarkan kegiatan fizikal, sukan dan latihan berintensiti rendah seperti yoga, pilates dan senaman regangan hanya jika kesemua peserta serta tenaga pengajar memakai pelitup muka sepanjang masa.



Namun begitu, Cik Zubaidah, yang juga memiliki studio kecergasan Aida Fitness yang terletak di Centropod, di Changi Road, mengambil keputusan untuk menutup terus kedua-dua studionya itu.



"Meskipun ia hanya sampai akhir bulan ini, kami tidak pasti mengenai jenis kegiatan yang akan dibenarkan selepas itu.



"Jadi lebih mudah jika kita terus adakan kelas senaman dalam talian saja," kata beliau.



Malah beliau tidak mengeluh dan berpendapat bahawa terdapat hikmah di sebalik apa yang berlaku ini - memberikannya peluang meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga, lebih-lebih lagi sewaktu musim perayaan ini.



"Oleh kerana saya bekerja dari rumah, saya boleh luangkan lebih masa bersama kedua anak kecil saya dan juga suami," kata ibu dua anak berusia lima dan tujuh tahun yang berusia 40 tahun itu.



Memandangkan sambutan Hari Raya tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang sudah dengan langkah pengurusan selamat juga ditetapkan bagi jumlah pengunjung ke rumah, Cik Zubaidah sekeluarga hanya akan menyambutnya dengan serba sederhana di sebalik keterbatasan ini.



Jadual bagi kunjungan Hari Raya juga sudah dilakar Cik Zubaidah bersama suaminya, Encik Rohaizad Muhammed Sahid, bersama ahli keluarga masing-masing, bagi mematuhi langkah pengurusan selamat yang mengehadkan lima orang sahaja yang boleh berkunjung ke satu rumah.



"Sebagai anak sulung, sayalah yang akan ke rumah ibu bapa saya pada Hari Raya pertama, dan memandangkan suami saya pula adalah anak bongsu daripada tiga beradik, kami akan mengunjungi ibu bapanya pada Hari Raya ketiga nanti.



"Pada Hari Raya pertama suami saya masih perlu bekerja pada sebelah petang dan saya juga mempunyai kelas kecergasan dalam talian, jadi dengan mengunjungi satu rumah, kami dapat mengimbangi masa kami dengan baik," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >