Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ubah wang haram: Lima lelaki, seorang wanita ditangkap

Sep 18, 2022 | 05:30 AM



LIMA lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 dan 39 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram. Tangkapan dibuat semasa operasi penguatkuasaan antipenipuan serata pulau pada 15 dan 16 September oleh Jabatan Ehwal Komersial (CAD).



Dalam satu kenyataan semalam, polis juga berkata lagi dua lelaki dan tiga wanita, berusia antara 19 dan 35 tahun, pula sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam kesalahan sama.



Pada Mei, polis menerima maklumat mengenai penipuan penyewaan rumah melibatkan lebih $214,000 yang dipindahkan ke beberapa akaun bank di sini.



Siasatan awal menunjukkan seorang lelaki berusia 39 tahun membantu dalam pengubahan wang haram itu dengan mengeluarkan wang (hasil jenayah) daripada akaun bank yang diperoleh secara menipu menggunakan kad ATM dan memasukkannya ke dalam akaun bank lain.



Lima lelaki dan seorang wanita, berusia antara 19 dan 29 tahun, telah didakwa kerana menyerahkan akaun dan kad ATM mereka untuk digunakan lelaki itu. Sebahagian daripada mereka dipercayai mendedahkan maklumat SingPass mereka atau menyerahkan akaun bank mereka untuk mendapat wang.



Lelaki itu didakwa di mahkamah semalam bagi kesalahan membantu orang lain dalam menyimpan hasil daripada kegiatan jenayah di bawah Seksyen 51 Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Serius 1992.



Jika didapati bersalah, pesalah boleh dipenjara hingga 10 tahun atau didenda hingga $500,000 atau dikenakan kedua-dua hukuman.



Siasatan masih dijalankan ke atas enam lelaki dan empat wanita itu.



Polis mengatakan mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang terlibat dalam penggunaan akaun bank bagi tujuan yang dilarang, seperti pengubahan wang haram.



Orang ramai diingatkan sentiasa menolak permintaan membuka dan menjual akaun bank mereka serta menerima wang ke dalam bank akaun mereka kerana mereka akan bertanggungjawab jika dikaitkan dengan jenayah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >